Jangan terlalu manjakan anak

on Sunday 1 September 2013

Semua orang sayangkan anak mereka sendiri tetapi jangan terlalu manjakan anak secara berlebihan sehingga anak menjadi kurang ajar,degil dan taknak mendengar kata.Rasanya kalau anak zaman dahulu tidak semanja anak zaman sekarang.Sekali ibu bapa menjegilkan mata,sudah cukup buat anak kecut perut.

Tetapi anak zaman sekarang sudah tidak seperti dulu.Ini terjadi kerana ibu bapa terlalu memanjakan mereka sehingga mereka tidak mahu mendengar kata dan menghormati ibubapa.Inilah kesilapan terbesar ibubapa zaman sekarang.Sayang tak kena tempat.

Sepatutnya ibubapa wajib mendidik anak mereka dengan cara yang betul.Hukum mereka jika mereka melakukan kesilapan seperti memukul,tidak mendengar cakap@melawan,meninggikan suara,merampas mainan orang atau lain2 lagi.Hukuman di sini bukan bermaksud suruh pukul atau tak bagi makan,tetapi bagi pengajaran seperti jangan benarkan mereka menonton tv kegemaran mereka,suruh mereka berdiri sehingga mereka meminta maaf dan sedar kesilapan mereka.

Dengan menghukum,tidak bererti tak sayang anak,malah jika sayang anak lah harus mendidik mereka supaya mereka membesar dan mempunyai akhlak yang baik.Belum lagi masuk bab perangai anak di sekolah.Kalau dahulu kita dihukum cikgu dan cerita balik pada ibubapa,kita yang kena marah lagi ada lah.Ibubapa tetap merasakan apa yang cikgu lakukan perkara yang betul.

Tetapi zaman sekarang?anak-anak buat salah,tak buat kerja sekolah,kurang ajar dengan cikgu,mulakan pergaduhan dengan murid lain,adalah orang kurang bijak yang support mereka iaitu ibubapa mereka sendiri.Maaf jika terkasar bahasa,tapi memang sakit hati dengan perangai ibubapa macam nie.Bukan nak hukum anak atas kesalahan mereka,tapi boleh sokong pulak anak mereka dan saman cikgu.

Disebabkan aku pernah mengajar tuisyen,at least tahu sikap budak2 zaman sekarang.Kalau dulu,cikgu boleh ugut nak beritahu ibubapa sikap nakal mereka dalam kelas atau keputusan pelajaran mereka yang merosot.Tapi zaman sekarang,tak berkesan dah.Tahu apa jawapan mereka?"Cikgu beritahu lah mak ayah saya,tak takut pun sebab mak dengan ayah tak marah" 

Apabila anak dah tak ada perasaan takut kepada ibubapa,memang susah.Itu bermakna ibubapa dah gagal mendidik mereka.Tengoklah nanti anak-anak mereka dah besar jadi macam mana.Oleh itu,ibubapa jangan terlalu manjakan anak secara berlebihan kerana buruk kesannya nanti.
 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved