Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering,Lebam Dan Mengelupas

on Monday 19 May 2014


Ramai yang mempunyai masalah bibir kering,kusam,lebam,pucat dan mengelupas.Antara punca-punca yang menyebabkan terjadinya masalah ini ialah penggunaan lipstick yang mempunyai plumbum,merokok,dan juga disebabkan pigmen dan warna kulit.

Bagaimana Cara Atasi Masalah Ini?Anda boleh gunakan :

1) Satin Lip Mask - RM48
-ianya berfungsi untuk menganjalkan bibir dan memperbaiki tekstur bibir dan juga mengelakkan kedutan.
-berfungsi sebagai scrub untuk menanggalkan sel kulit mati di bibir dengan manik-manik halus yang ada dalam mask tersebut.
-bibir anda akan kelihatan segar,merah dan licin setelah kulit mati ditangglakan ketika scrub.

2) Satin Lip Balm - RM38
-melindungi bibir daripada kerosakan persekitaran dan juga kering akibat panas matahari dan penggunaan lipstik.
-tekstur lip balm ini ringan,tak melekit,dan tak kesat seperti lip balm lain.
-menjadikan bibir lebih cantik dan melembapkan bibir sekurang2nya 6 jam.
-amat sesuai digunakan lagi2 untuk mereka yang berada di dalam bilik yang berhawa dingin.

2 Produk nie merupakan hot seller product daripada Mary Kay.Ianya memang berkesan dan dijamin dapat mengatasi masalah bibir seperti yang telah diperkatakan.Lihat sahaja testimoni di google,anda akan mengetahui betapa hebatnya produk ini.

Produk Apa Yang Bagus?

on Monday 21 April 2014

Terlalu banyak produk kecantikan berada di pasaran sekarang.Persoalannya ialah,Produk Apa Yang Bagus?Sebagai pengguna yang bijak,kita haruslah mengetahui dan mengenali produk yang digunakan selain daripada mempercayai bulat2 akan kata peniaga.Tanpa kita sedari,kebanyakan produk kecantikan sekarang mengandungi bahan kimia yang membahayakan.Tetapi oleh kerana kurang pengetahuan tentang produk,juga terpengaruh dengan janji2 manis peniaga,ramai yang membuat keputusan yang salah.

Kebanyakan wanita idamkan wajah yang cantik dan licin sehinggakan mereka mencuba pelbagai jenis produk tetapi kesilapan mereka ialah tidak mengenali produk itu betul2.Ada yang berminat apabila mendengar kulit wajah akan menjadi putih dlm masa seminggu,dapat menghilangkan jerawat dan sebagainya.Sebenarnya apa yang terjadi,bahan kimia di dalam produk tersebut telah menghakis dan menipiskan kulit muka lalu ia kelihatan tegang dan putih.Lama kelamaan,kulit muka akan menjadi kemerah-merahan apabila terkena cahaya matahari dan akhirnya terbakar.Begitu juga dakwaan bahawa jerawat sembuh,sebenarnya apa yang terjadi ialah jerawat tersebut tersimpan di dalam kulit muka anda dan ini akan merosakkan lagi kulit muka kerana ia merebak daripada dalam.

Jika anda mencari produk yang tidak membahayakan kulit anda,cubalah untuk mengenali Mary Kay.Ianya merupakan produk Botanical iaitu berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.Yang paling penting,ianya tidak mengandungi bahan kimia yang dapat membahayakan kulit wajah anda.Produk Mary Kay tidak boleh senang2 dijual oleh sesiapa,dan hanya boleh dibeli pada perunding kecantikan Mary kay sahaja kerana Perunding Kecantikan akan analisa dan ketahui sejarah kulit wajah anda dan akan suggest produk yang sesuai.

Kelebihan menggunakan produk Mary Kay ialah seandainya anda claim produk ini tidak sesuai dengan kulit wajah anda,kami akan berikan anda peluang untuk tukar (mengikut terma dan syarat)
Produk Mary Kay akan merawat dan memberi pengelupasan kulit wajah anda secara lembut.Walaupun tempoh untuk merawat kulit wajah biasanya mengambil masa 1-3 bulan atau 3-6 bulan,tetapi anda haruslah bersabar.Ramai orang yang tidak sabar apabila menggunakan produk Mary Kay dan inginkan perubahan dalam masa drastik.Harus diingat semua,produk yang menjanjikan perubahan dalam masa yang cepat maknanya ada sesuatu yang tak kena dalam produk itu manakala produk yang merawat secara perlahan sebenarnya itulah yang terbaik.

Yang paling penting,pengguna Mary Kay sentiasa berpuas hati dengan produk ini kerana sudah terbukti ianya merupakan Produk Yang Bagus.Produk Mary Kay merangkumi set penjagaan kulit wajah,set tangan(untuk melembutkan tangan yang kasar dan kering),set penjagaan bibir (untuk bibir yang kering,merekah,lebam) penjagaan badan dan kaki,serta alat make-up.

Siapakah Chomel?

on Friday 22 November 2013

Chomel merupakan artis youtube yang berasal dari Singapore.Bakatnya memang tak dapat dinafikan lagi.Suara yang merdu ketika menyanyikan lagu2 jiwang nya dan trademark Chomel ialah 'Jiwang Selalu'


Nama Sebenar Chomel ialah Noor Zafirah binti Abdullah,berusia 21 tahun.Bakat Chomel ini bukan sahaja dalam bidang nyanyian,tapi juga dalam mencipta lagu dan bermain gitar.Chomel mula main gitar seawal umur 14 tahun lagi dan mula mencipta lagu pula ketika berumur 15 tahun.Single Chomel yang pertama ialah lagu Teman.Ramai yang mengatakan suara Chomel seakan-akan penyanyi Siti Nordiana,tetapi bagi aku sendiri,ada kelainan dalam suara Chomel ini.Setiap  cover lagu yang dinyanyikannya,seolah-olah itu merupakan lagu dia sendiri tanpa mencacatkan lagu tersebut.


Walaupun penampilan Chomel tidak seperti wanita di luar sana,iaitu terlalu feminin,tetapi itu tidak melambangkan yang Chomel ini 'tomboy atau 'pengkid'.Mungkin Chomel lebih selesa dengan penampilan sekarang,so kita janganlah buat tuduhan melulu kepada Chomel.Nama gelarannya pun dah berunsur kewanitaan,iaitu Chomel.Jika dia 'pengkid',dah lama dia guna nama lain seperti 'boy zaf' ker.Betul tak?Yang pentingnya,jika anda semua pernah jumpa dia,baru anda kenal siapa Chomel.Langsung tidak ada sifat 'jantan' yang sengaja ditonjolkan.Dia menjadi diri dia sendiri.Suara,peribadi,gaya,cara nyanyi,semuanya masih lagi feminin walaupun di sebalik penampilan yang sebegitu.


Untuk makluman,asalnya Chomel hanya menyanyi di bawah blok sahaja.Chomel mula dikenali ramai setelah sahabat baiknya,An memuat naik video2 nyanyiannya di youtube.Kini,Chomel telah mempunyai ramai peminat yang terdiri daripada Singapore,Malaysia,Brunei,Indonesia dan lain-lain.
Baru-baru ini,Chomel ada mencuba nasib ke Bakat Media Hiburan 2013 dan Chomel telah berjaya melayakkan diri ke semi-final.Semoga bintang Chomel lebih terserlah di sana.

Di antara lagu-lagu Chomel ialah:
- Istana Kenangan
- Dia
- Teman
- Sandaran di hati
- Ubahlah sikapmu
- Biarkan
- Lamunan Cinta (feat Jumali Sanotri)
- Dilamun rindu
- Kau yang bertanda (feat Jumali Sanotri)
- Harus ku terima
- Masa Silam
- Aku mohon
- Adakah kerna dia
- Tercipta Janji (Lagu Terbaru)
- Hasbi Rabbi (cover)
- Mimpi Indah (cover)
- Andai hatiku bersuara (cover)
- Masa lalu (cover)
- Khilaf (cover)
-Marah bukan Sifatku (cover)

Untuk mendengar lagu-lagu Chomel yang sedap dan mendayu-dayu ini,boleh lah dengar di sini ==> http://www.reverbnation.com/chomel/songs
Untuk mengenali Chomel lebih mendalam,boleh pergi ke facebook ==>
https://www.facebook.com/chomelfanpage

Chomel juga pernah beberapa kali dipanggil jadi tetamu undangan untuk stesen radio Singapore,di antaranya ialah stesen radio yang terkenal iaitu Ria fm.Lagu-lagu Chomel juga turut dimainkan di stesen radio itu.


Chomel juga telah beberapa kali datang ke Malaysia untuk bertemu peminat seperti di Melaka,Negeri 9,dan paling terbaru di Kuala Lumpur.Chomel juga mungkin merancang akan ke Sabah selepas ini.So,peminat di sana,jangan lepaskan peluang anda bertemu Chomel.  

Layan salah 1 lagu ciptaan Chomel,Ubahlah sikapmu..


Jangan Mengelat Untuk Tambah Visitor Blog

on Saturday 12 October 2013

Sebagai bloggers,memang semua nak rank pageview and visitor bertambah.Tetapi,pada aku biarlah dengan cara yang betul.Isi dan tajuk biarlah cerita yang sama,bukan sekadar tajuk bikin gempaq,tapi bila baca isinya,tak ada point langsung.

Mungkin ramai yang akan katakan itu merupakan taktik untuk meningkatkan visitor..yer..memang tak aku nafikan..Tetapi,bagi aku itu taktik tak jujur.Lama kelamaan,visitor pun akan menyampah dan kurang keyakinan dengan cerita yang ada dalam blog kita itu.Lagi bagus,kita buat tajuk yang gempaq dan berlainan,tetapi memang itulah cerita sebenar yang nak disampaikan.

Aku memang muak dengan blog yang buat tajuk gempaq tapi isi hampeh ini
.Aku sendiri,jika mencari sesuatu info dan dapat blog macam nie,aku tak akan baca dah entri lain.Malas nak layan.

Mungkin ramai tertanya-tanya,apa maksud yang aku cakapkan dengan tajuk jer gempaq,tapi cerita entah apa-apa.Ok,aku akan explain contohnya.

1) (Nama Artis) Sombong dengan peminat 
Mungkin kita mendapat gosip yang artis bernama 'x' ini sombong dengan peminat.So,kita type di google dan excited bila tengok banyak blog yang buat entri mengenai artis ini..Ayat bukan main,contoh: "artis 'x' langsung tidak mempedulikan pertanyaan peminatnya".Lalu mereka menunjukkan gambar artis ini di tempat yang dimaksudkan dan menambah lagi "Inilah dia artis 'x' tersebut".Bila baca sampai habis,rupanya bukanlah artis ini benar2 sombong dan tak pedulikan peminat,tetapi hanya ada gambar/poster artis itu di situ.That's why la 'artis' tu tak pedulikan peminatnya sbb 'artis' itu hanya gambar/poster.

2) Buat tajuk ala-ala seks tetapi rupanya cerita disebut ditujukan kepada binatang.Contoh:pasangan kantoi ketika buat maksiat.Rupa-rupanya cerita tentang 2 ekor kucing yang sedang mengawan.

3) Cerita gosip artis contohnya "Artis 'a' berkahwin dengan artis 'b'.Tetapi rupa-rupanya cerita tersebut berlaku dalam filem mereka.

4) Soalan hangat dan memberi kelebihan kepada kita.Contohnya "cara dapatkan top-up free",cara dapatkan semua siaran astro ,cara hack itu ini.Tetapi jawapannya semua mengenakan kita balik.

5) Buat tajuk yang dahsyat contohnya "artis 'a' sudah berkahwin dan mempunyai anak?Rupa-rupanya semua itu berlaku dalam mimpi si blogger tersebut.

**Maaf jika ada yang terasa..

Kelas Persediaan Matematik Memasuki Tingkatan 1

on Friday 11 October 2013


(Kelas Matematik Tingkatan 1)
  • Kelas ini merupakan persediaan awal untuk pelajar yang bakal memasuki Tingkatan 1.
  • Persediaan awal supaya pelajar dapat memahami subjek Matematik Syllabus Tingkatan 1 yang berlainan daripada topik ketika Darjah 1-6.
- Kaedah pembelajaran adalah one to one (1 murid dalam satu masa untuk memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya pada murid).
-       Suasana belajar yang ceria (pelajar juga turut
belajar dari komputer untuk mewujudkan suasana belajar yang tidak bosan).

-       Caj yang dikenakan amat berpatutan ~ hanya
RM25 per jam.

-       Lokasi belajar -Taman Melati,Gombak (Ibubapa
perlu menghantar anak ke rumah saya)

Untuk keterangan lanjut,HUBUNGI/SMS : 0123228401 (Nurul)
**Kelas tambahan percuma akan diadakan mengikut masa dan keadaan..

TUISYEN PERIBADI UNTUK PELAJAR TAHUN 1-6


(BOOST UP MATHEMATICS)
  • Terbuka kepada pelajar Tahun 1-6 yang lemah dan sering ketinggalan dalam subjek matematik.
  • Berpeluang mempelajari sifir  yang diasaskan oleh
    pakar matematik (Kaedah  Mokhdar) jika diminta.
(KELAS BAHASA INGGERIS)
  • Terbuka kepada pelajar Tahun 1-6 yang lemah dan  sering ketinggalan dalam subjek Bahasa
    Inggeris.
  • Mempelajari daripada asas iaitu cara membuat ayat,percakapan,penulisan  dan tatabahasa.
(KELAS BAHASA MELAYU)
  • Terbuka kepada pelajar Tahun 1-6 yang lemah dan sering ketinggalan dalam subjek Bahasa Melayu.
  • Mempelajari daripada asas iaitu cara membuat ayat,percakapan,penulisan dan tatabahasa.
(KELAS MEMBACA DAN MENULIS/READING AND WRITING CLASS)
  • Terbuka kepada pelajar yang gagal menguasai kemahiran membaca di dalam Bahasa Melayu
    atau Bahasa Inggeris.
-       Kaedah pembelajaran adalah one to one (1 murid dalam satu masa untuk memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya pada murid).
-       Suasana belajar yang ceria (pelajar juga turut
belajar dari komputer untuk mewujudkan suasana belajar yang tidak bosan).

-       Caj yang dikenakan amat berpatutan ~ hanya
RM20 per jam.

-       Lokasi belajar -Taman Melati,Gombak (Ibubapa
perlu menghantar anak ke rumah saya)

Untuk keterangan lanjut,HUBUNGI/SMS : 0123228401 (Nurul)

**Kelas tambahan percuma akan diadakan mengikut masa dan keadaan..

Kasturi Syifa' Rawatan Untuk Gangguan Syaitan

on Monday 16 September 2013


Pernahkah anda mengalami sakit yang tidak tahu punca?Selalunya sakit begitu dinamakan gangguan jin atau syaitan.Rawatan untuk gangguan syaitan ialah  pergi berubat dengan ustaz@perubatan islam.Selain itu diri sendiri juga harus kuat dan mendekatkan diri dengan Tuhan.Sentiasa mendengar bacaan ayat Ruqyah dan juga ayat suci al-quran yang lain.

Disebabkan aku sendiri pernah melalui hal ini,dan juga banyak tempat yang pernah aku pergi,insyaAllah tahu juga serba sedikit cara untuk mengatasi perkara seperti ini.Dulu,aku sering batuk dan kahak berpanjangan.Puas makan ubat dan itu ini,tetapi masih lagi tiada perubahan.Rupa-rupanya semua itu juga adalah salah 1 tanda gangguan syaitan.Akhirnya batuk and kahak berhenti setelah aku mengamalkan  minum madu khaula'.Alhamdulillah dengan izin Allah.1 lagi,yang aku perasan,kulit memang jadi lembut dan halus ketika mengamalkan madu khaula' ini.

Madu khaula' ini daripada kasturi syifa',boleh tengok di laman web  http://syifaniaga-shop.webs.com/kasturi-syifa Banyak juga yang aku gunakan daripada kasturi syifa' ini seperti minyak wangi.Kelebihan minyak wangi ini pulak jika aku rasa tak tenang hati,rasa nak marah,dan rasa sakit mana-mana bahagian,aku calitkan jer minyak wangi nie,InsyaAllah memang berkesan.Hati terus rasa tenang,perasaan nak marah Alhamdulillah jadi reda,dan sakit2 badan juga hilang.Selain itu,elok sebagai pelindungan diri,maklumlah zaman sekarang manusia sering irihati.InsyaAllah minyak wangi ini sebagai perlindungan daripada disihir orang.Elok juga digunakan sebelum hendak pergi ke tempat yang agak keras seperti hutan,laut,sungai dan tasik.Jangan tahu nak berseronok jer ke tempat  macam tu,takut nanti time balik ada pulak benda yang menumpang dalam badan.InsyaAllah minyak wangi ini juga boleh menghilangkan debar dan gemuruh,so pada student yang gemuruh ketika presentation,nak exam dan juga pada mereka yang nak hadiri interview,memang sangat sesuai.

Selain itu,air Hydro Syifa' ini juga mamang sangat elok.Seperti aku katakan tadi,jika rasa tak tenang hati,sakit badan,dan nak marah,memang elok minum air nie.Lebih elok jika digunakan sekali dengan minyak wangi tadi.Means lebih banyak usaha di situ.InsyaAllah semuanya akan ok.Air ini juga boleh dibuat mandi untuk tujuan perubatan.Selain itu ia juga elok diberi pada anak-anak yang sedang belajar,mereka yang sering lemah semangat&berdebar,dan juga untuk melembutkan hati.

Aku memang sarankan kepada semua untuk mempunyai minyak wangi dan air hydro syifa' ini di rumah sebagai bantuan dan benteng diri kita sendiri.Lebih elok jika amalkan madu khaula' sebagai supplemen kerana memang banyak khasiat di sebaliknya.Jangan tunggu sakit baru nak cari sebab madu juga memang elok sebagai benteng mendapat penyakit. 
  
Selain itu,As-sauda juga keluaran kasturi syifa ini merupakan supplemen yang amat bagus.Sebab itu ada riwayat mengatakan " tetaplah kamu dengan habbatus sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam ( maut ) " - Riwayat Al-Bukhari.Apapun bagi aku kebanyakan barang keluaran kasturi syifa' nie memang bagus dan harga berpatutan.Mungkin kerana ianya berkat bacaan ayat al-quran dan pelbagai lagi pada barang keluaran kasturi syifa' ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved