Ayam Percik Sedap

on Monday, 22 July 2013

Menjelang nak Ramadhan hari tu,rumah nie ada lah buat kenduri kecil-kecilan.Sekadar menjemput family jer datang.Salah 1 menu hari tue ialah Ayam percik.Memang banyak resepi ayam percik kat google tapi rasanya resepi yang aku cari nie memang sedap.
So,kalau sesiapa nak cuba boleh la yer.Dah buat baru berani share resepi.At least bila ada yang tanya,tau nak jawap kan.

Resepi Ayam Percik Sedap
Sumber : Potretkasih

Bahan-bahan
1 ekor ayam(dipotong ikut suka)
2 biji bawang besar-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
1 inci  kunyit hidup-kisar(guna kunyit serbuk jer)
1 sudu teh jintan manis-kisar
1 sudu teh jintan putih-kisar
1 sudu makan ketumbar-kisar
2 batang serai-kisar
3-4 biji buah keras-kisar(tak letak pun hari tu)
2 sudu besar cili kisar(letak lebih kalau nak pedas)
1  liter santan
1 keping asam gelugor
Garam&gula secukup rasa

Cara-cara
1) Satukan semua bahan kisar dan cili kisar ke dalam blender dan kisar hingga halus.
2) Tumis bahan kisar hingga pecah minyak,kemudian masukkan santan diikuti dengan air.
3) Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
4) Masukkan sedikit garam,gula dan asam gelugor.
5) Masukkan ayam dan biarkan sehingga 3/4 masak.
6) Setelah ayam 3/4 masak,keluarkan dan ketepikan.
7) Sementara itu,biarkan kuah masak hingga pekat dan tutup api.
8) Susun ayam dalam tray,lumurkan dengan sedikit kuah tadi,dan bakar dalam oven selama 20-25 minit.
9) Balik-balikkan ayam tadi dan lumur dengan kuah sekali lagi dan bakar selama 20-25 minit lagi.
10) Ayam sedia dihidangkan bersama kuah percik.


Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

Bahrain Ramlan said...

ayam percik memang sedaaaap..tapi jenuh nak buat..


23 July 2013 at 20:25
Hanan Glory said...

tp dh buat memang puas hati..


24 July 2013 at 16:26
june mohd said...

so far belum masak ayam percik lagi untuk berbuka...mungkin boleh cuba resepi Hanan :-)


25 July 2013 at 05:29
Hanan Glory said...

cubalah..mmg sdp..:-)


25 July 2013 at 17:39
Hanan Glory said...

tp yg jns cmnie x ssh sgt nk buat..:-)


25 July 2013 at 17:40
annhanan said...

tp dh buat memang puas hati..


25 July 2013 at 23:49
annhanan said...

cubalah..mmg sdp..:-)


25 July 2013 at 23:50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved