Kelemahan Pusat Tuisyen

on Monday 14 January 2013

Setiap pelajar mempunyai kelebihan dan kelemahan dalam sesuatu subjek.Mungkin terdapat juga pelajar pintar yang mampu menguasai kesemua subjek sekaligus.Zaman sekarang pelajar dapat belajar dengan lebih selesa kerana mempunyai pelbagai kelebihan.Adakah semua pelajar pergi ke tuisyen?Mungkin tidak semua tapi kebanyakannya akan ke kelas tuisyen untuk menambah lagi ilmu atau memperbaiki kelemahan dalam sesuatu subjek.
Sepatutnya ibubapa perlu menyelidik dahulu sama ada pusat tuisyen yang akan dipilih nanti betul2 menjalankan operasi mengikut syarat.Apabila telah menghantar anak ke sana,sentiasa lah follow up dengan anak atau bertanya pada guru/kerani di pusat tuisyen tersebut.Pengalaman aku sebagai guru tuisyen banyak membuka mata aku terhadap cara2 pusat tuisyen ni.Rasanya dah beberapa pusat tuisyen aku mengajar,dan ni antara kelemahan kebanyakan pusat tuisyen:

1) Guru tidak diberikan syllabus dan disuruh ajar apa sahaja topik yang guru suka.
2) Sesetengah murid memilih untuk kelas 3-4 kali seminggu tetapi kerana pengurusan yang tidak betul,murid yang datang diajar topik yang sama atau topik yang tidak mengikut turutan.
3) Sering bertukar guru kerana mengambil guru part time.
4) Kelas bermula dan berakhir tidak seperti yang ditetapkan.(Selalunya kelas mula lambat,tapi,habis cepat)
5) Guru diminta ajar banyak subjek walaupun certain subjek itu bukan termasuk dalam bidang kemahiran guru tersebut.
6) Guru mengajar sambil lewa (Mungkin kerana penat dengan kerja/tidak ikhlas mengajar)
7) Pelajar berlainan standard/tingkatan dicampur sekali (contoh: ting 4,5 campur 1 kelas kerana student sikit)
8) Adakalanya pelajar penuh 1 kelas sampai 30 orang (pusat tuisyen nak jimat)
9) Photostat kertas soalan suruh student jawap tapi kertas adakalanya tak bertanda dan tidak pulangkan kembali pada pelajar.
10) Disuruh mengaku sebagai guru sekolah untuk meyakinkan ibubapa
      - Ini yang paling aku tak berkenan.Sebab aku tak suka menipu ibubapa student,dan aku takkan sesekali tipu mereka hal ni.Biarlah pusat tuisyen nak marah ker apa.

Kesimpulannya,tak semua pusat tuisyen macam nie.Memang ada sesetengah pusat tuisyen yang begitu peka dan menjalankan operasi dengan betul.Yang penting,ibubapa kena betul2 selidik dulu tentang pusat tuisyen sebelum membuat keputusan untuk hantar anak mereka ke sana..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved