Bergurau tak kena tempat

on Tuesday 11 June 2013

                             Mesti anda pernah mengalami kejadian orang bergurau tak kena tempat kan?Memang betul,bergurau nie boleh merapatkan hubungan cos dengan gurauan kita akan tersenyum dan mudah menjadi mesra dengan orang.Tapi,kalau dah bergurau tak kena tempat, lain pulak jadinya.Bukan lagi senyuman yang timbul,tapi silap haribulan boleh bergaduh.
                              Just ingat di fikiran,kalau nak gurau tu,letakkan diri anda di tempat orang lain.Contohnya,jika orang bergurau seperti itu dengan anda,apakah anda suka?apakah anda akan senyum dan ketawa?jangan pula label orang sebagai tak sporting bila orang tak boleh terima gurauan anda tapi bila orang bergurau dengan anda,anda yang tarik muka cos x suka.
                              Ini lagi 1 sikap yang aku tak suka.Iaitu sikap orang yang suka bergurau dengan orang,tapi dia sendiri tak boleh jadi bahan gurauan.Kalau rasa diri tue tak boleh jadi bahan gurauan,jangan ada hati nak bergurau dengan orang..simple kan?
Ingat lagi tak kes Noh Hujan?bila ada peminat wanita yang merupakan pelajar Unisel minta autograph,dia tulis `awak busuk'. 

                               Itu contoh bergurau tak kena tempat,apatah lagi dia merupakan seorang artis yang sepatutnya tahu untuk menghargai peminatnya.Tak kisahlah awak seorang yang jenis gila-gila ker apa,tapi biarlah berpada-pada.Dah tu,enggan pula minta maaf.Apa salahnya kalau minta maaf,walaupun rasa diri tak salah,tapi kita kena sedar yang adakalanya gurauan kita boleh melukakan hati orang walaupun kita tak sengaja.
                             Dalam galaksi,kalau tak silap lah..(sori kalau salah) Ada buat kejutan untuk birthday orang.Kebetulan orang yang menyambut birthday tu pulak berbadan agak gempal. Then ada lah satu incident berlaku kononnya group sebelah meja birthday girl nie marah group birthday girl nie cos bising.

                                Then time sound tue,ada minah nie gelar birthday girl sebagai gemuk.Adalah dalam beberapa kali.Bagi aku tak sopan lah kalau nak buat macam tu.Apatah lagi kejadian tu masuk TV.Walaupun sekadar 'prank',tak payahlah nak jatuhkan airmuka orang lain.
                                  Dalam galaksi juga baru-baru nie,buat surprise birthday n artis jemputan ialah Hairul Azreen.Aksi menculik dan menutup mata perempuan tersebut sebelum dibawa ke majlis harijadinya.Begitu juga dalam 1 rancangan lain,iaitu prank ziana zain dirompak.Bagi aku,gurauan begini amat keterlaluan.Cuba fikirkan bahaya yang menanti.

                                   Andaikata perempuan tersebut n ziana zain terlalu takut,boleh jadi mereka melakukan sesuatu yang tak disangka untuk menyelamatkan diri seperti melawan@melukakan lawan mereka.
Oleh itu,lepas nie berpada-pada lah dalam bergurau.Ikutlah etika yang telah ditetapkan dalam Islam.

5 etika dalam bergurau senda daripada Dr Yusuf Qardawi:

1) Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
2) Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang  
     tersebut.
3) Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
4) Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
5) Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.  
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved