Resepi Puding Karamel

on Thursday 10 January 2013


Resepi Puding Karamel yang sedap..rasanya dah cuba macam2 resepi,tapi ni la resepi yang paling sedap..:-)



Gambar ~sumber Google~

Bahan-bahan
3 senduk gula pasir
1 tin susu pekat manis -saiz kecil @ 3/4 tin saiz sederhana
7 biji telur
1 cawan air
1 sk esen vanilla
1 sk tepung kastard
Cara-caranya
1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan.  Bila gula dah hangus-keperangan keseluruhannya, tambahkan 2 senduk air.Apabila dah cair, lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
2. Pukul telur sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..kemudian masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata,kemudian baru masukkan air dan kacau hingga sebati.
3. Tapis adunan ketika tuang atas gula yang dah beku tadi..
4. Bakar menggunakan kaedah bain marie pada suhu 170c selama 45-50 min bergantung pada oven masing2..
Setelah masak,sejukkan puding terlebih dahulu di dalam peti ais selama 1-2 jam.Kemudian telangkupkan di atas pinggan sesuai dan siap untuk dimakan…
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved