Kaedah Fonetik Berkesan?

on Wednesday 9 January 2013

Zaman dahulu,kita diajar oleh ibubapa atau guru kaedah a,b,c hingga z.Alhamdulillah masuk tadika kita dah boleh membaca dengan baik.Akan tetapi zaman berubah dan kanak-kanak zaman sekarang bukan lagi macam dahulu.Mungkin kerana peredaran zaman,segelintir kanak-kanak tidak dapat lagi menerima kaedah yang diguna pakai dulu.Disebabkan itu,muncullah pelbagai kaedah supaya kanak-kanak dapat membaca dan salah satunya kaedah fonetik.
Apa itu Kaedah Fonetik?
Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa.Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:
A = aaaa E = e’h E = eh
I = iiiii  O = oooo U = uuuu
B = beh C = ceh D = deh F = feh G = geh H = heh J = jeh K = keh L = el M = em N = en P = peh      Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh Y = yeh Z = zez
Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf “a” adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan.Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy.
Di antara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan.Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad,terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut ,biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung.
Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa Melayu untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung  untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal perkataan Inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula.Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal simbol iaitu huruf, hanya mereka tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut.Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved