Tiada air di Gombak

on Saturday 31 August 2013

Tensennya bila tak ada air nie.Semalam ok lagi,tapi hari ini dah tak ada air.Petang tadi ingatkan gangguan air dah kembali pulih rupanya sementara sahaja..:-( Dah lah siap keluar pergi beli lauk nie,tapi balik2 tak ada air lagi.

Gangguan air nie berpunca apabila sebuah lori tangki diesel terbalik dan muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor.Oleh itu,4 loji rawatan air terpaksa ditutup bagi mengelak rawatan air mentah yang telah dicemari.

So ada beberapa tempat yang terjejas termasuklah kat Gombak nie.Bukannya apa,susah kan nak mandi,buang air,masak dan macam-macam lagi.Kalau yang buat open house dan kenduri kahwin tue macam mana lah agaknya.Lagi kesian cos sedangkan aku yang tak buat apa-apa nie pun dah tensen sebab rasa susah sangat.Maklumlah air nie memang keperluan hidup.Susah sangat kalau tak ada air.

Oleh itu hargailah air yer(peringatan buat diri sendiri juga..he) Bila waktu ada air,memang kita suka membazir kan?Tak kisah walau air dah penuh,malas sangat rasanya nak pergi tutup air tue.Tapi bila time tak ada air,time tue lah baru reti nak menghargai air.Lumrah manusia..haha.. 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved