Politik di tempat kerja

on Wednesday 4 September 2013

Kebanyakan tempat kerja mesti berhadapan dengan masalah ini kan?Iaitu politik di tempat kerja.Boleh dikatakan 90% tempat kerja hadapi masalah ini rasanya.Semua tempat yang aku pernah kerja memang pernah hadapi masalah ini.Bosan sangat dengan politik di tempat kerja ini. 

Maksud politik di tempat kerja ini bukanlah masalah politik BN,PKR,PAS,DAP yer..hehe.Maksud politik di tempat kerja ini ialah perangai suka mengampu orang atasan untuk mendapat pangkat,penghargaan dan pujian.Disebabkan sikap ini juga kebanyakan tempat kerja kehilangan tenaga kerja yang benar-benar efisien.Sebagai contoh,si A merupakan staf yang bagus manakala staf B merupakan staf yang kurang bagus.Tetapi disebabkan si B pandai main politik di tempat kerja,maka orang atasan tak nampak 'kecemerlangan' si A.Oleh kerana si A merasakan dirinya tidak dihargai,si A berhenti kerja.

Hal ini memang selalu terjadi.Tetapi malangnya orang atasan sendiri yang 'buta' dan adakalanya sedar hal itu tetapi kerana 'mendapat sesuatu' daripada stafnya,orang atasan merelakan perkara tersebut terjadi.Ini salah 1 contoh di tempat kerja lama aku.Kami bekerja sebagai customer service dan mendapat komisen.Oleh kerana staf B ini berpakat akan memberikan sebahagian wang komisen kepada si bos,maka bos tersebut memberikan kes customer yang mudah untuk di handle dan mudah mendapat komisen.

Bagaimana pula dengan kami sebagai staf yang lain?Kami terpaksa handle kes yang susah dan amat susah untuk dapat komisen.Maka sudah tentu manager yang paling atas menganggap kami tidak cekap membuat kerja berbanding si B,sedangkan manager tersebut tidak tahu yang B mendapat kes mudah dari bos kami.Inilah salah 1 politik di tempat kerja dan punca aku resign dari company itu.  

Apa yang boleh staf lain  buat?Report kepada manager?Itu tidak mungkin kerana tidak akan ada manager yang mempercayai cerita staf bawahan.Manager terlalu percaya kepada orang yang dia pilih untuk supervise staf bawahan ini.Tetapi Alhamdulillah,akhirnya kebenaran berpihak pada kami walaupun ketika itu ramai yang sudah berhenti kerja termasuklah aku.Tak apalah,asalkan kebenaran akhirnya terungkai juga.Peringatan kepada manager,awasilah sikap orang yang anda pilih untuk supervise staf kerana disebabkan sikap mereka,anda kehilangan staf yang jujur. 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved