Hebatnya orang melayu!

on Thursday 5 September 2013

Kadang-kadang tertawa melihat gelagat orang Melayu kita.Melayu memang taknak kalah.Cukuplah melihat sikap mereka ini di facebook belum lagi yang di depan mata.Walaupun realitinya kehidupan mereka biasa-biasa sahaja,tetapi tetap nak tunjuk yang mereka mampu dalam segala-galanya.

Hebatnya orang Melayu.Tetapi sayang kehebatannya dari segi lain.Hebatnya orang Melayu dalam berlumba-lumba nak pertontonkan kepada semua bahawa mereka mempunyai rumah baru yang dibeli dengan duit sendiri.Rumah mereka besar dan mahal,sekali lihat dah macam rumah artis. 

Begitu juga dengan kereta yang dibeli dengan duit sendiri.Belum lagi handphone canggih yang digunakan mereka mengalahkan ahli bisnes yang berjaya.

Jika makan di tempat yang agak mahal,mereka bangga menayang umpama mereka dah biasa makan di tempat tersebut.Lalu ditunjukkan pula harga menu@resit makanan mereka yang mana mungkin merupakan harga lauk kita selama seminggu.

Hebatnya orang Melayu.Jika bercakap pasal politik umpama mereka berada di tempat 'menteri' dan tahu serba serbi.Jika cerita yang keluar bertentangan dengan parti mereka dikatakan fitnah tetapi jika cerita tersebut menghentam parti lawan dikatakan benar.Walaupun mereka hanya pekerja biasa,malah ada penganggur atau ada di kalangan mereka tidak tahu membaca sekalipun,tetapi mereka menjadi 'pandai' bila cakap tentang pentadbiran negara Malaysia ini.

Melayu juga hebat memaki hamun orang.Selalu terdengar si driver taxi dan bas mengatakan orang bodoh.Juga terdengar staf menggelar manager bodoh.Belum lagi kes anak menggelar ibubapanya bodoh.Suami menggelar isterinya bodoh.Orang ramai mengatakan bodoh bodoh bodoh kepada setiap apa berlaku.Lihat sahaja di komen mereka di mana-mana.Persoalannya,bijak sangatkah anda?

Hebatnya orang Melayu dalam meniru cara barat,dan pemakaian barat.Hebatnya orang Melayu bila tunjuk samseng sedangkan bawa geng!Melayu juga ada yang hebat speaking English fluent dan memandang rendah kepada mereka yang tidak tahu speaking.Melayu juga merasa hebat bila memakai pakaian sexy dan moden,juga turut memandang sinis kepada mereka yang menutup aurat.

Melayu juga merasa hebat membuat fesyen rambut merepek dan mewarnakan rambut,macam orang putih katanya.(hello,orang putih pun ramai yang nak rambut warna hitam..dan paling penting kalau dah melayu tu,melayu juga lah..tak ada makna rupa macam orang putih kalau warnakan rambut)

Hebatnya orang Melayu,belum kahwin tetapi ada yang sudah ada anak.Sudah kahwin pula diterajang bini.Yang sedang bercinta pula memberi janji manis,hebat membuat puitis.Memang Melayu hebat.Walaupun bukan doktor,tetapi pandai suntik diri sendiri dengan dadah.Pandai bermain dengan ubat,campur panadol dengan coke,minum air ketum.Walaupun tak lepas SPM,hatta tak pandai membaca sekalipun,tetapi 'ilmu' seks memang penuh di dada.Walaupun anak dan cucu sendiri,tetapi boleh dijadikan 'isteri' iaitu dipanggil sumbang mahram.

Di atas jalanraya,Melayu tetap terhebat.Mereka membawa motor dengan pelbagai aksi ala-ala stuntman lalu digelar mat rempit.Kehebatan Melayu terserlah lagi apabila mereka minum 'air kencing syaitan' iaitu arak.Ada di kalangan orang Melayu yang convert agama lain (murtad) dan siap berkahwin sesama jenis.Ada juga yang melakukan pembedahan transgender kerana naluri bertentangan dengan fitrah mereka.Hebatnya orang Melayu!
 
 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved