Siapakah Chomel?

on Friday 22 November 2013

Chomel merupakan artis youtube yang berasal dari Singapore.Bakatnya memang tak dapat dinafikan lagi.Suara yang merdu ketika menyanyikan lagu2 jiwang nya dan trademark Chomel ialah 'Jiwang Selalu'


Nama Sebenar Chomel ialah Noor Zafirah binti Abdullah,berusia 21 tahun.Bakat Chomel ini bukan sahaja dalam bidang nyanyian,tapi juga dalam mencipta lagu dan bermain gitar.Chomel mula main gitar seawal umur 14 tahun lagi dan mula mencipta lagu pula ketika berumur 15 tahun.Single Chomel yang pertama ialah lagu Teman.Ramai yang mengatakan suara Chomel seakan-akan penyanyi Siti Nordiana,tetapi bagi aku sendiri,ada kelainan dalam suara Chomel ini.Setiap  cover lagu yang dinyanyikannya,seolah-olah itu merupakan lagu dia sendiri tanpa mencacatkan lagu tersebut.


Walaupun penampilan Chomel tidak seperti wanita di luar sana,iaitu terlalu feminin,tetapi itu tidak melambangkan yang Chomel ini 'tomboy atau 'pengkid'.Mungkin Chomel lebih selesa dengan penampilan sekarang,so kita janganlah buat tuduhan melulu kepada Chomel.Nama gelarannya pun dah berunsur kewanitaan,iaitu Chomel.Jika dia 'pengkid',dah lama dia guna nama lain seperti 'boy zaf' ker.Betul tak?Yang pentingnya,jika anda semua pernah jumpa dia,baru anda kenal siapa Chomel.Langsung tidak ada sifat 'jantan' yang sengaja ditonjolkan.Dia menjadi diri dia sendiri.Suara,peribadi,gaya,cara nyanyi,semuanya masih lagi feminin walaupun di sebalik penampilan yang sebegitu.


Untuk makluman,asalnya Chomel hanya menyanyi di bawah blok sahaja.Chomel mula dikenali ramai setelah sahabat baiknya,An memuat naik video2 nyanyiannya di youtube.Kini,Chomel telah mempunyai ramai peminat yang terdiri daripada Singapore,Malaysia,Brunei,Indonesia dan lain-lain.
Baru-baru ini,Chomel ada mencuba nasib ke Bakat Media Hiburan 2013 dan Chomel telah berjaya melayakkan diri ke semi-final.Semoga bintang Chomel lebih terserlah di sana.

Di antara lagu-lagu Chomel ialah:
- Istana Kenangan
- Dia
- Teman
- Sandaran di hati
- Ubahlah sikapmu
- Biarkan
- Lamunan Cinta (feat Jumali Sanotri)
- Dilamun rindu
- Kau yang bertanda (feat Jumali Sanotri)
- Harus ku terima
- Masa Silam
- Aku mohon
- Adakah kerna dia
- Tercipta Janji (Lagu Terbaru)
- Hasbi Rabbi (cover)
- Mimpi Indah (cover)
- Andai hatiku bersuara (cover)
- Masa lalu (cover)
- Khilaf (cover)
-Marah bukan Sifatku (cover)

Untuk mendengar lagu-lagu Chomel yang sedap dan mendayu-dayu ini,boleh lah dengar di sini ==> http://www.reverbnation.com/chomel/songs
Untuk mengenali Chomel lebih mendalam,boleh pergi ke facebook ==>
https://www.facebook.com/chomelfanpage

Chomel juga pernah beberapa kali dipanggil jadi tetamu undangan untuk stesen radio Singapore,di antaranya ialah stesen radio yang terkenal iaitu Ria fm.Lagu-lagu Chomel juga turut dimainkan di stesen radio itu.


Chomel juga telah beberapa kali datang ke Malaysia untuk bertemu peminat seperti di Melaka,Negeri 9,dan paling terbaru di Kuala Lumpur.Chomel juga mungkin merancang akan ke Sabah selepas ini.So,peminat di sana,jangan lepaskan peluang anda bertemu Chomel.  

Layan salah 1 lagu ciptaan Chomel,Ubahlah sikapmu..


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved