Staf yang biadap

on Tuesday 3 September 2013

Bosan betul bila pergi bank,orang di kaunter muka masam dan berlagak.Pergi pejabat kerajaan macam tu juga,pergi ke tempat swasta pun macam tu juga.Kenapa yer?Bukankah kerja anda sebagai khidmat pelanggan kena wajah ceria,attend customer elok2.Banyak kali dah kena macam nie.

Dekat Menara Kausar depan Alpha Angle Wangsa Maju,di pejabat apa ek,SSM ker,entah lah.Tak ingat sangat dah.Ada lelaki melayu pangkat pakcik punyalah berlagak walaupun time tue aku nak tanya betul ker dia orang yang aku cari.Rupanya bukan,tapi tak perlu lah berlagak yer pakcik.Awak kerja kat ofis kecik jer pun.

Bulan puasa hari tue pulak,aku pergi Domino's Pizza di area wangsa walk,ada 1 staf perempuan nie pun sama,dengan muka dan cara bercakap yang berlagak+kurang ajar.Time tue pun aku tinggikan juga suara sbb staf nie memang kurang ajar.Last2 aku buat report dekat hq domino's.

Ada juga kes dengan rapidkl.Pemandu bas rapid memang ramai yang kurang ajar.Senang-senang marah orang macam lah dorang tue tokey bas.Perhatian yer,anda cuma driver bas sahaja.Begitu juga dengan staf rapidkl di LRT,pun ada juga yang kurang ajar bila handle passenger nie sama ada di mesin token ataupun di kaunter.

Kalau bank pula,pernah nampak kejadian nie di Ambank Raja Chulan.Ada beberapa staf laki dan perempuan tengah bersembang dan langsung tak mempedulikan  customer di hadapan mereka.Bila  customer nie bertanya,dengan biadap mereka cakap itu waktu rehat mereka.At least,cakaplah elok2 dan janganlah biarkan customer termangu2 sorang2.

Selain daripada ini,banyak lagi sebenarnya kes-kes kebiadapan staf nie.So,kepada semua pekerja,buatlah kerja dengan amanah dan sopan-santun.Jangan time mula-mula kerja jer bagi servis elok,kemudian dah macam apa.Kepada orang ramai yang terkena sikap biadap mereka ini,sila buat report ke bahagian complaint di hq.Confirm kena ambil tindakan nanti.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved