Suami mati tergantung di ruang tamu

on Friday 26 July 2013


Sedih mendengar berita begini apatah lagi  melibatkan nyawa orang Islam.Kejadian yang berlaku kelmarin di Jeli,seorang lelaki ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Kampung Ayer Lanas Blok Tumpat.
Mayat pengusaha kantin,Nik Hasan Mohamed,53 ditemui mati tergantung dengan menggunakan tali nilon  ketika ditemui isterinya Anirah Rani,40 pada pukul 10 malam.Isteri mangsa merupakan surirumah dan bergiat aktif dalam politik dan turut menjadi anggota kepada salah sebuah parti.
Ketua Polis Daerah Jeli berkata sebelum kejadian pasangan tersebut telah bertengkar sebaik sahaja si isteri pulang daripada satu majlis di Kampung Gemang . 
~sumber Kosmo~

**Seeloknya kepada pasangan yang telah berkahwin,apa jua masalah bawalah berbincang,jangan sampai mengambil keputusan yang tidak wajar.
**Janganlah juga kita membuat spekulasi tentang berita ini kerana hanya Allah dan mereka yang terlibat sahaja yang tahu apa masalah mereka.Tak perlu kita menuding jari menyalahkan si suami atau si isteri.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved