Nuzul Quran

on Friday 26 July 2013



Salam Nuzul Quran.Ada sebahagian negeri yang cuti ketika Nuzul Quran tetapi sebahagiannya pula tidak.Kan bagus kalau semua negeri cuti sebagai tanda penghormatan menyambut Nuzul Quran nie.

Sekadar perkongsian,Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat suci Al-quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. Kemudian,ayat seterusnya diturunkan secara berperingkat sehingga menjadi lengkap sepertimana kitab suci Al-quran yang ada pada hari ini.

Perkataan 'Nuzul' itu bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.Peristiwa Nuzul Quran ini berlaku pada malam Jumaat,17 Ramadhan tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'.

Surah Al-Alaq merupakan ayat yang pertama diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved