Nokia 105 bateri tahan sebulan lebih

on Monday 29 July 2013

Rasanya sekarang rata-rata orang guna smartphone,blackberry dan iphone.Siapa yang tak menggunakan salah 1 ciri hp di atas akan dikatakan ketinggalan zaman dan rasa segan kalau nak tunjuk dekat orang yang kita masih menggunakan telefon bimbit biasa.Tetapi masalah terbesar pengguna smartphone dan seangkatan dengannya ini ialah bateri cepat habis.
Tambahan pula kalau main game,lagi lah cepat habis bateri.Sedangkan itu salah satu sebab nak guna smartphone,boleh download macam-macam free game kat play store.Tapi kebanyakan orang juga akan menggunakan 2 hp.Mungkin 1 untuk kegunaan hiburan dan 1 lagi untuk tujuan sms/panggilan.Ada yang memilih untuk pakai smartphone dan ada juga yang pilih untuk pakai telefon bimbit biasa.
Bagi mereka yang nak hp yang baterinya dapat bertahan lama dan dengan harga yang murah,bolehlah beli hp Nokia 105 ini.

Nokia 105 merupakan kesinambungan daripada siri 100 mereka yang mempunyai lampu suluh,radio FM,dan juga masa bateri bertahan selama sebulan lebih dengan hanya sekali cas sahaja.Nokia akan memasarkan hp ini dengan harga RM62 sahaja.

**Sesuai dijadikan hp kedua nie..:-)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved