Belajarlah Menghormati Wanita

on Friday 16 August 2013

Kes suami belasah isteri dalam lif menjadi isu terhangat sekarang.Kejadian berpunca kerana anak-anak enggan mengikut si suami.Dalam hal ini,mengapakah si isteri yang menjadi mangsa?Wahai kaum Adam,belajarlah menghormati wanita dan jangan menjadi lelaki dayus.

Apabila membaca komen-komen kaum Adam tentang kes ini,ada segelintir yang menyokong tindakan lelaki ini sekiranya wanita tersebut curang.Dalam Islam,telah menyatakan jikalau memukul isteri dengan niat mengajar memang dibenarkan,tetapi dengan pukulan yang tidak menyakitkan,dan tidak boleh memukul di muka dan kepala.

Bukan itu juga,sekiranya didapati si isteri melakukan salah,suami haruslah 1) menasihatinya dengan cara baik 2) pisah tempat tidur dengan isteri 3) memukul dengan sekadarnya sahaja(tidak menyakitkan).

Maka,jikalau isteri curang sekalipun,kena buat 2 perkara di atas,baru boleh memukul dengan perlahan.Jangan senang-senang cakap boleh belasah isteri sekiranya isteri curang.Ikut apa yang Islam telah tetapkan,bukan ikut perasaan sendiri.

Jika rasa tidak dapat terima kecurangan isteri,bercerai sahaja.Tak perlu nak menyakitkan si isteri kerana anda memang pengecut apabila tunjuk kuat tak kena tempat dan tak padan dengan lawan.Memang amat memalukan.  

Hanya lelaki yang tidak tahu hukum agama yang bersetuju jika belasah perempuan itu tidak mengapa sekiranya perempuan curang.Nasihat buat mereka ini,belajar dulu dan ikut hukum agama,bukannya ikut hukum dan peraturan sendiri yang berlandaskan hati dan nafsu amarah.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis,"La Tadhribu Imaallah" yang bermaksud "Janganlah kalian memukul kaum perempuan" (H.R. Imam Abu Daud dan Ibnu Majah)

  
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved