Pemandu Teksi Kurang Ajar

on Sunday 16 June 2013

Selama aku menggunakan khidmat teksi nie,boleh dikatakan 90% pemandu teksi kurang ajar.Ada yang tak nak guna meter,ada yang ubahsuai meter,ada yang caj ikut kepala,ada yang degil tak nak ikut jalan yang kita suruh,ada yang bising sebab barang kita banyak,dan ada yang memilih hantar tak sampai ke destinasi seperti yang kita minta dengan alasan jalan sempit lah,susah nak pusing lah,and pandai suruh jalan kaki sikit.Excuse me,kalau jalan kaki,baik naik bas jer.Orang sanggup naik teksi mahal2,sebab nak senang.Tak payah nak jalan-jalan dah.

Come on lah pemandu teksi,jangan nak buat kerja senang jer.Itu dah tanggungjawap yang anda pikul,jalankanlah dengan amanah.Takkan jalan sempit pun jadi isu.Orang perempuan yang bawak kereta besar dari awak pun steady jer pusing kereta kat situ.Jangan sampai 1 masa nanti,anda semua tak dapat nak cari makan cos semua orang dah fed-up dengan perangai pemandu teksi yang kurang ajar nie.Pemandu teksi sekarang dah tak macam dulu.Kalau dulu,naik jer teksi,pemandu teksi nie akan bertanya dengan sopan ke mana destinasi kita,tapi sekarang tak ubah macam samseng lagaknya.

Kalau bercakap dengan kita bukan main kasar dan berlagak,kadang-kadang kita bercakap pun tak bagi respond.Then kalau kat meter tu harga RM3.90,dan kita pula bayar RM4,mesti sengaja pura-pura lambat cari syiling,saja nak bagi genap RM4,tak pun dengan tak malunya,buat dek jer,tak reti nak pulangkan baki RM0.10 tu.Tapi kalau kat meter harga RM4.10,tau pun berkira duit RM0.10 tu ek.

Yang pelik tu,kalau bab naik teksi,kalau lah kita nie bertiga,seorang naik cepat jer dah pasang meter.Tapi bila bab turun,tak reti pulak nak tutup meter tu bila kita dah sampai destinasi.Walaupun kita dah bayar,masih lagi biar meter terpasang.Sedangkan tak ada sebab untuk kita tunggu dia cari duit balance kan?

Kalau dulu,jika kita tak tahu tempat,senang jer bagi alamat kat pemandu teksi,tapi sekarang jangan haraplah.Dia tau jer kita nie dari kawasan lain,apatah lagi tak tahu tempat yang nak dituju tue,bukan main lagi bawak jalan jauh and pusing2,dia pun pura2 tak tahu jugak tempat tue.Pelik kan,dah bertahun2 kerja bawak teksi,takkan lah tak tahu tempat.

Peringatan kepada pemandu teksi,aku takkan halalkan walau sesen pun duit yang diambil dengan cara yang salah.Contoh macam yang aku state dekat atas tue.Lagi2 kepada pemandu teksi yang beragama Islam,amanah lah dalam melakukan pekerjaan.Janganlah kerana nak untung,duit jadi tak halal.Apatah lagi duit tue untuk sara anak bini.

Kepada mereka yang mengalami nasib seperti ini,sila buat aduan ke:
LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN
Hotline: 1-800-88-9600
SMS: LPKP Aduan (aduan anda) and SMS ke15888
E-Mel:aduan@lpkp.gov.my

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
Hotline: 03-8888 4244
E-Mel:aduan@jpj.gov.my

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM
NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Hotline: 1-800-886-800
SMS: 32255
Ranking: 5

{ 8 comments... read them below or add one }

norhasnizakhalid said...

bawak teksi pun laju gile, nyampah gak ngan dorang ni kekadang...


16 June 2013 at 08:32
Hanan Glory said...

mm..tul 2..tp ada gk yg sajer bwk slow sgt..mcm2 ragam..


16 June 2013 at 14:37
Anonymous said...

Hurmmm... Tapi xsmue camtu kot... Mungkin segelintir jea...
Cume bile kurang bernasib baik dapat pemandu yg entah ape2... Klu dh geram sangat, Cik Hanan pelangkung jea ngan kasut... He3... (^_^)


16 June 2013 at 18:52
Hanan Glory said...

mmg x semua cam2 giorgio..tp mostly..susah nak jumpa driver teksi yang baik skang..mmg ikut hati nk pelangkung jer..haha..


16 June 2013 at 23:46
Hanan Glory said...

mm..tul 2..tp ada gk yg sajer bwk slow sgt..mcm2 ragam..


25 July 2013 at 17:53
Hanan Glory said...

mmg x semua cam2 giorgio..tp mostly..susah nak jumpa driver teksi yang baik skang..mmg ikut hati nk pelangkung jer..haha..


25 July 2013 at 17:53
annhanan said...

mmg x semua cam2 giorgio..tp mostly..susah nak jumpa driver teksi yang baik skang..mmg ikut hati nk pelangkung jer..haha..


25 July 2013 at 23:51
annhanan said...

mm..tul 2..tp ada gk yg sajer bwk slow sgt..mcm2 ragam..


25 July 2013 at 23:52
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved