Ambil BR1M di Sepang

on Thursday 11 July 2013

Siapa yang lambat ambil voucher br1m,kena pergi ambil br1m di Sepang.Memang menyusahkan dan tak relevan.Aku stay dekat gombak,tapi kena pergi ambil br1m di Sepang.Jauh tue..Tak faham lah aku kenapa sistem government nie macamnie.Patutnya cukuplah letak di cawangan terdekat,tak perlulah hantar ke Sepang sana tue.Dah nak masuk nogori 9 dah pun.

Meh tengok perjalanan aku ke Sepang,cara pergi balik dan kos nya ok.

Dari gombak => Kl Sentral=RM 2.30 (pergi balik RM4.60) 
KL Sentral ke Salak Tinggi =>RM12.50(pergi balik RM 25.00)
ERL Salak Tinggi ke Pej br1m => teksi RM20-25 (pergi balik RM50)
Total = RM79.60

Kalau tak pernah pergi sana,mesti nak ajak kawan kan?kalau ajak kawan teman,kita la yang kena bayar,betul tak?So,total RM79.60 + RM29.60(tambang lrt dan erl kawan yg teman) =RM109.20
Campur belanja makan lagi,katalah belanja kfc@mcD=RM20
 Total=RM129.20

Dapat duit br1m RM250,tolak dengan kos RM129.20 dapat kat tangan RM120.80.
Kepada badan yang berkenaan,sila lah ambil keputusan yang sewajarnya.Orang bujang dapat RM250 maknanya memang tak mampu beli kereta sendiri.Dah kena guna public transport tapi tak relevan langsung bila kos ke sana dah terlalu tinggi.

**Bila sampai ERL Salak Tinggi,ada 1 kedai kat tepi tue yang provide no telefon teksi dan prebet sapu.Kalau call dorang nie,memang akan di caj RM20-25.So kalau nampak teksi kat depan tue,cuba lah tanya dulu sama ada guna meter atau tak cos memang kat sana style tak guna meter and caj macam tu.Mungkin anda boleh cuba kol public cab yg 03-62592020.Aku hari tue nasib baik ada teksi dari putrajaya yang hantar passenger then dia guna meter.Sampai kat pej br1m mintak dia tunggu sekejap cos cepat jer proses ambil voucher tue then terus mintak taxi hantar ke ERL balik.Alhamdulillah lah kebetulan dapat teksi yang baik.
  
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved