Nasibku tak berapa baik?

on Thursday 13 June 2013


Pernahkah anda tertanya2 sendiri,'mengapa nasibku tak berapa baik'?Umur kian meningkat,tetapi hidup nie masih lagi tak stabil,tiada simpanan,tiada kereta,tiada pekerjaan yang betul2 dapat menjamin masa depan.Kawan-kawan yang lain semua dah berumah tangga,dah pergi melancong sana sini,bergaya dengan kereta masing2,makan kat tempat mahal2.

 Tetapi aku juga yang ketinggalan.Memang nasibku tak berapa baik. Lebih parah,jika ada pula family sendiri yang asyik compare kita dengan orang lain.Asyik bagi kita tekanan kenapa kita masih di tahap itu dan tidak maju.Sepatutnya family lah yang patut lebih memahami kita daripada orang lain.Kalau memang jenis pemalas,memang patutlah kena bebel.Tapi,kalau kita dah berusaha,tetapi masih belum ada rezeki,sepatutnya family lah yang kena bagi support. 

Kita kena percaya dengan takdir Tuhan.Andainya kita dah berusaha,tawakal lah.Kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.Memang betul kita masih belum berjaya,tetapi kita harus ingat bahawa bukan kita seorang sahaja yang mengalami nasib seperti ini.Malah ada yang lebih teruk nasibnya daripada kita.Memang betul,jika dikalangan kawan-kawan,mungkin kelihatan umpama kita sahaja yang belum berjaya,tetapi berfikirlah di luar kotak.

Masih ada ramai lagi insan di dunia ini,bukan hanya kawan-kawan kita sahaja.So,tak perlulah kita sendiri yang tambahkan tekanan dengan membandingkan diri kita dengan kawan-kawan kita sendiri. Percayalah yang Tuhan itu Maha Adil.Walaupun zahirnya kelihatan kawan kita bahagia,tetapi di sebaliknya kita sendiri tidak tahu apa yang mereka tanggung.Sudah menjadi lumrah,kita hanya akan menunjukkan yang indah sahaja kepada orang lain.Mungkin Tuhan nak uji kita,tiba masanya kita akan temui juga kebahagiaan.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved