Kenapa Yahoo Chat tiada di YM

on Tuesday 5 February 2013


Yahoo Messenger yang lebih dikenali dengan YM telah menghentikan perkhidmatan chat pada 14/12/12 dan tidak terfikir untuk buka kembali ruangan chat.Bagi aku,memang bagus pun Yahoo close chat room sebab kewujudan room nie dah disalahgunakan.Sebenarnya ada juga faedah seperti dapat berkenalan dengan orang di seluruh dunia di samping dapat mempelajari adat dan budaya mereka. Dulu pernah jugak join chat kat Yahoo time boring,kononnya untuk cari teman bersembang.Tapi boleh dikatakan hampir 99.9% yang chat semuanya nak chat about sex sahaja.
Malah yang lebih teruk,dari situ juga betapa mudahnya mereka mencari teman untuk  sex,jadi perempuan simpanan ataupun jadi anak ikan kepada wanita kaya.Dengan ini,makin bertambah lah gejala sosial dan seks bebas di kalangan  rakyat Malaysia.Yang paling menyedihkan di bulan puasa pun perangai mereka tetap sama.Langsung tak hormati bulan puasa dan asyik dengan sex chat.
So,bila dpt tahu Yahoo Chat dah tutup,aku setuju sangat!Sebab dah ramai sangat yang menyalahgunakan chat room ni.Tapi agak2 nya kenapa Yahoo Chat ditutup?Banyak spekulasi yang dibuat tentang penutupan Yahoo Chat ini seperti;
1) Menyebarkan virus di chat room
2) Yahoo telah disaman kerana 'breach of contract'
3) Menjadi zon utama porno
4) Terlalu banyak spam di Yahoo Chat
5) Yahoo memang mempunyai sejarah dalam mencipta suatu servis yang bagus tetapi kemudian membiarkannya begitu sahaja. 
Tetapi menurut Yahoo, mereka terpaksa hentikan Yahoo Chat dengan berat hati supaya mereka mampu memberi fokus kepada perkhidmatan utama baru Yahoo yang lain.Ini juga kerana Yahoo telah mengalami kemerosotan dan terpaksa melepaskan 4000 pegawai mereka di seluruh dunia.Pada bulan Mei 2012, CEO mereka ketika itu iaitu Scott Thompson telah meletakkan jawatan sebagai CEO. Perletakan jawatan ini turut diikuti oleh beberapa orang yang memegang jawatan tinggi di Yahoo seperti Chief Officer Blake Irving. Dan ketika saat yang sukar ini, Yahoo dipimpin oleh CEO baru,iaitu Marissa Mayer.



Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

ade ke ptot setuju

sian wehh

bil air nak settle caner


30 May 2013 at 16:56
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved