Potong tangan sendiri

on Friday 30 August 2013

Nekad untuk menghentikan ketagihannya mencuri,seorang lelaki Mesir mengudungkan tangannya dengan meletakkan tangannya di landasan kereta api ketika kereta api sedang meluncur laju.Ali Afifi,28 terpaksa berbuat demikian sebagai hukuman untuk dirinya dan juga untuk mengelak daripada menderita dalam kehidupan seharian dan juga mengelak hukuman di akhirat.

Tabiat mencuri ini bermula sejak dari zaman muda lagi apabila dia mencuri bekalan rakan sekolahnya.Ali juga turut mencuri barangan di kedai dan apabila dewasa,dia mula mencuri telefon bimbit serta barang kemas. 

Wang hasil curi itu digunakan untuk kanak-kanak dan keluarga miskin,kata Ali Afifi.
Disebabkan gagal mengatasi tabiat buruknya,dia akhirnya mengambil keputusan mengudungkan kedua-dua tangannya itu sebagai cara mengakhiri ketagihannya.

Ali berkata,dia kini bercita-cita  untuk membantu penduduk di bandar tempat dia tinggal dan membina pusat belia.Dia juga bercadang berkahwin tetapi tidak yakin ada wanita Mesir yang mahu menerimanya kerana kisah lampaunya.

**Sekalipun mencuri untuk membantu orang lain,tetapi salah tetap salah dan dosa tetap dosa.Matlamat tak menghalalkan cara.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved