Tak suka klinik panel

on Saturday 17 August 2013

Sepanjang aku bekerja di beberapa tempat,dan tempat kerja menyediakan klinik panel mereka sendiri,memang jadi 1 masalah untuk aku.Senang cerita,memang tak suka klinik panel nie.

Sebabnya ialah..klinik panel nie dah macam klinik kerajaan..susah sangat nak bagi mc walaupun kita sakit betul-betul.Semua nie jadi sebab apa?Sebab Company kita nie dah sound awal-awal kat klinik panel jangan senang bagi mc kat staff mereka.

Aku dah banyak kali kena jugak dengan klinik panel nie.Doktor sendiri mengaku tak boleh bagi mc sebab takut pihak company aku kerja  nie bising nanti.Please la doktor.Amanah sikit dalam membuat kerja.Jangan sibuk takut dengan company.Anda sebagai doktor sepatutnya patahkan balik kata-kata pihak company nie.Explain yang sebagai doktor,anda akan melakukan apa yang sewajarnya kepada pesakit.Seandainya pesakit tersebut memang patut bercuti dan berehat,maka bertegas kepada company.Cakap yang anda sebagai doktor tidak akan sewenang-wenangnya beri mc.

Pelik sangat bila doktor pulak sibuk nak ikut cakap company.Tak fikir ker,kita sebagai pesakit datang ke tempat anda tetapi terpaksa juga pergi kerja kerana tak dapat mc.Kesian sangat tengok kawan-kawan kerja yang sakit dan muka kelihatan pucat terpaksa gagahkan diri untuk buat kerja.Jika kawan atau sanak-saudara anda yang minta mc free,boleh pula bagi yer..

Walaupun nampak simple,tapi 'amanah' kena jalankan yer wahai doktor.Sebab itu dalam Islam ada mengatakan perkara yang paling berat sekali adalah memegang amanah.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved