Sikap suka menayang di fb

on Tuesday 15 January 2013

Sudah menjadi lumrah pasangan bercinta atau suami-isteri zaman sekarang menayang kemesraan di fb.Bagi yang bercinta,patutnya tak perlulah over sangat,apatah lagi belum ada ikatan yang sah.Bagi suami isteri pula,kita tak tau apa yang bakal terjadi pada masa akan datang.Mana tahu ikatan tersebut tak kekal lama,takut nanti bila dah berpisah,banyak mulut yang bertanya cos dulu rajin menayang kemesraan.Lagipun tak semua orang yang tayang kebahagiaan di fb itu benar2 bahagia.Pengalaman dari beberapa orang yang aku kenal,selalu makan hati dengan sikap suaminya,tapi aku pun tak faham kenapa di fb cerita umpama orang sedang bahagia.Berhentilah bersifat hipokrit ok?Orang yang menasihat bukannya jeles,tapi ikhlas memberi nasihat.
Bagi aku,semua tu jadikan saja hal peribadi.Tak payahlah nak tayang sangat kononnya suami kita tu sayang sangat  kat kita sampaikan apa suami cakap pun nak ditulis kat status,suami bagi hadiah,suami peluk cium,suami massage,suami dedicate lagu,semua nak dicerita lah.Satu lagi,gambar2 berpeluk cium antara suami isteri ni,tak sesuai ditayang kat umum.Jadikanlah itu semua simpanan peribadi anda,kan lebih bagus.Petik kata-kata Ustaz Azhar Idrus,`Bila rindu pada suami, tak payahlah update status di Facebook, beritahu seluruh dunia sebab ada orang lain yang baca terasa nak muntah. Kalau cerdik, SMS la terus kepada suami'.
Bila tiba anniversary pulak,lagi la tak tahan tengok status2 dorang ni.Masing2 lah buat ayat kasih sayang kat pasangan.Kalau tempoh perkahwinan tu 2 thn ke atas pun dah rasa lama sangatlah hubungan mereka tu.Bak kata artis veteran kita Ruminah Sidek atau dikenali sebagai Mak Mah,kalau dah kahwin 5 tahun pun,jangan rasa lama sangat tempoh tu cos umpama sekolah,baru darjah 5,tak banyak lagi benda yang kita belajar.Tempoh perkahwinan 5 tahun tu sebenarnya masih dalam proses mengenal pasangan lagi.
Satu lagi,agak menyampah jugak tengok perangai mak2 orang yang suka sangat tayang nama anak2,dan tayang perangai anak2 dorang macam lah anak2 dorang ni la yang paling bijak dan comel.Bukannya aku tak suka budak-budak,tapi perangai mak ayah nya yang membuat kita rasa menyampah.Mana taknya,berderet2 kat status dok hantar video gelagat anak,sekali masuk gambar anak,berpuluh2 sampai tak larat nak tengoknya.Sebab itulah dalam apa jua yang dilakukan,haruslah bersederhana.Tak salah nak share semua tu,asalkan jangan berlebihan.
Apabila dah jadi seorang ibu,aku paham memang naluri seorang ibu ni kuat,sayang sangat kat anaknya.Tapi tak perlu ditunjuk sangat pada semua orang hingga buat status 'mengalir airmata tengok anak kena inject',`sayu lihat anak mama kena gigit nyamuk',`sedih tengok anak ibu demam,biarlah ibu yang tanggung semua tu'..Adoi..please la jangan buat statement macamtu.Percayalah ramai yang meluat baca statement anda tu. 
Selain tu,sikap suka menunjuk ni jugak termasuklah menayang harta,tayang rumah,tayang hp,tayang ipad,tayang iphone,tayang kerjaya macam kerja dialah yang paling hebat.Kalau pergi melancong ke luar negara pulak,nampak sangat sikap tu nak menunjuk bukan nak berkongsi cerita.Kalau makan makanan yang agak branded tu,mulalah nak masuk fb,kononnya dah biasalah makan makanan macam tu sedangkan ada yang baru first time mencuba makanan tu.
Kesimpulannya,dalam apa jua hal,lagi2 perkara yang melibatkan keluarga kita,cukuplah sekadar berkongsi cerita,jangan berlebih-lebihan kerana takut wujudnya riak tanpa kita sedari.
Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Betul sgt2.. Bkn sume org suke kite duk menunjuk2.. Slp2 kne sumpah dek org. Ape yg kuar dr mlt tu kn doa...


7 July 2013 at 14:31
Hanan Glory said...

cherry blossom: betul tue..mmg naik rimas tgk sikap masing2 yg blumba2 tyg mcm2 lg hbgn dorang..masing2 la nk tnjk yg psgn dorang la yg paling caring n sayang sgt kt dorang..


7 July 2013 at 23:48
annhanan said...

betul tue..mmg naik rimas tgk sikap masing2 yg blumba2 tyg mcm2 lg hbgn
dorang..masing2 la nk tnjk yg psgn dorang la yg paling caring n sayang
sgt kt dorang..


25 July 2013 at 23:57
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved