Berkahwin dengan ular

on Wednesday 16 January 2013


Kisah benar ni berlaku pada seorang wanita di India.Tempat tinggal mereka diganggu oleh kehadiran seekor ular di mana ular tersebut telah menyebabkan salah seorang ahli keluarga wanita ini terbunuh.Bapa kepada mangsa nekad ingin membalas dendam pada ular itu lalu dia dan beberapa orang kampung diketuai oleh bapa wanita ini telah membunuh ular betina tersebut.
Setelah kematian ular betina tersebut,pasangannya iaitu ular jantan telah datang untuk membalas dendam kepada orang kampung terutamanya mereka yang telah menyebabkan kematian ular betina itu.Mereka yang membunuh ular betina telah dipatuk ular itu termasuklah bapa wanita ini.Setelah kematiannya bapanya,ibunya menjadi hampir tidak siuman dan wanita itu yang menyara keluarganya.Tetapi,ular jantan itu masih tidak berpuas hati dan terus mengganggu wanita itu.Setiap kali wanita ini keluar mencari rezeki,kelibat ular ini akan kelihatan hinggalah sampai ke rumah di mana 1 hari ketika dia hendak megambil barang di bawah katil,dia ternampak ular jantan itu sedang melingkar sambil menatapnya.
Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan ular tersebut,wanita ini dan ibunya mendapatkan bantuan sami.Sami telah datang memagar kawasan rumahnya dan meminta mereka tidak keluar dari garisan yang telah dibuat.Tetapi pada suatu malam,wanita ini terpaksa melangkah keluar dari garisan tersebut untuk mendapatkan air dari paip depan rumahnya apabila kehabisan air di rumah sedangkan ibunya terbatuk2 dan memintanya air.
Malangnya air dari paip juga tiada dan tiba-tiba keluar si ular jantan dari batang paip membuatkan wanita ini terkejut dan terus lari masuk ke dalam rumahnya.Mujurlah tiada apa yang berlaku.Keesokan harinya,wanita ini menemui lagi sami dan menceritakan bahawa dia masih lagi diganggu oleh ular jantan itu.Ketika sami sedang menjalankan rawatan,dia telah dipatuk secara halus oleh ular tersebut di matanya sehingga buta.Wanita tersebut terkejut kerana dia tidak nampak kelibat ular yang mematuk sami itu.Sami mengatakan bahawa keadaan sekarang sangat bahaya kerana ular jantan itu ingin membalas dendam kepada penduduk kampung di atas kematian pasangannya dan hanya akan berhenti bertindak sedemikian dengan 1 syarat iaitu wanita tersebut harus berkahwin dengannya dan melayannya sehingga ke akhir hayat.
Penduduk kampung meminta wanita tersebut bersetuju dengan syarat yang ditetapkan demi kebaikan semua.Pada mulanya wanita itu tidak setuju kerana baginya mana mungkin seorang manusia boleh berkahwin dan melayan seekor ular.Tetapi apabila memikirkan segalanya terjadi kerana bapanya telah membunuh pasangan ular jantan tersebut,juga untuk menyelamatkan kampungnya dari gangguan ular,wanita tersebut rela berkorban dan menerima syarat tersebut.
Akhirnya berlangsunglah perkahwinan wanita itu dengan ular jantan itu dan tamatlah segala masalah yang melanda kampung mereka.Sami juga telah sembuh dari buta dan kini wanita itu dianggap sebagai dewi suci oleh semua penduduk kampung.
 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved