Cerita Menarik di TV

on Tuesday 15 January 2013


Korang suka tengok cerita apa yer di tv?Sebenarnya macam2 cerita menarik ada.Jom jenguk cerita apa yang best kat TV.

FEAR FILES- CH 108
- fear files ni cerita  mistik yang berlaku di India.Ianya berdasarkan kisah benar dan ceritanya  memang menarik.Setiap episod memaparkan cerita yang berlainan.

ART ATTACK- DISNEY CH
- rancangan art attack ni memang best dan kreatif. Dalam rancangan ni,ada buat lukisan,buat origami,dan macam2 lagi la.Apapun,ianya memang bagus untuk perkembangan minda kanak-kanak,juga sesuai untuk orang dewasa.

RIDICULOUSNESS - MTV
- rancangan ni gila2 sikit,memaparkan aksi2 lasak secara tidak sengaja.Setiap episod akan ada selebriti jemputan untuk menghangatkan dan menceriakan lagi keadaan.Di antara aksi yang dipaparkan ialah aksi skating dan akhirnya jatuh tersembam,aksi drive kereta dan akhirnya kereta tersebut terbabas,senang cerita apa2 aksi yang memang boleh buat patah tulang2 badan ni.

JUST FOR LAUGH - CH 611
- rancangan ni memang boleh buat aku gelak sorang2 cos rancangan ni mengenakan orang.Memang best dan fresh lah idea orang putih ni.

GALAKSI - CH 119
- rancangan gosip artis yang best dan terhangat.Aksi sempoi Kiah propa memang da best!Rasanya rancangan ni lagi best dari Melodi.

TANAH KUBUR - CH 106
- cerita yang patut dijadikan iktibar dan teladan kepada semua umat Islam.Ianya memaparkan balasan yang ditunjukkan oleh Tuhan kepada mereka yang membuat dosa dan melanggar syariahNya.

WINTER WIPEOUT
- rancangan permainan yang sangat menarik dengan pelbagai rintangan untuk memenangi wang tunai.Yang membuat rancangan ini lebih menarik ialah aksi spontan peserta dan juga hos yang memang pandai mengendalikan rancangan ni.

DUNIA TERSEMBUNYI - TV3
- rancangan ni memaparkan cerita2 yang pelik yang berlaku di seluruh negara.Ianya berkaitan dengan adat resam sesuatu tempat di mana apa yang berlaku tak terjangkau oleh pemikiran kita.

WEIRD RESTAURANT - CH 707
- rancangan ni berkaitan dengan restoran2 yang pelik di luar negara.Ianya memaparkan bagaimana layanan yang diterima apabila memasuki restoran tersebut,suasana dalam restoran yang pelik,dan hidangan pelik yang disediakan.





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved