Lagu Yang Menakutkan

on Thursday 24 January 2013

Lagu Cindai-Siti Nurhaliza
- Dikatakan lagu ini berhantu di mana ada seorang perempuan yang sedang menyanyi di dalam bilik air ketika mandi,dan ada yang ikut nyanyi bersamanya sedangkan ketika itu hanya dia seorang sahaja di dlm bilik air tue.
- Seorang wanita diganggu ketika menyanyi lagu ini di dalam bilik air juga.Apabila dia mula menyanyi "cindailah mana" tiba-tiba ada suara perempuan sambung "cindai d sini"..kemudian hantu itu mengilai.

Lagu Menanti kekasih-Alda
Ini merupakan lagu terakhir penyanyi Alda dari Indonesia yg famous dgn lagu "Aku tak biasa".Lirik lagu yg menakutkan dan gelak seram di akhir lagu nie pasti membuatkan bulu roma anda meremang.Pelbagai spekulasi dibuat mengenai lagu ini contohnya selepas 3 hari lagu ini dibuat,polis menemui mayat Alda mati dalam sebuah hotel.Tetapi yangpasti punca kematiannya kerana overdose dan ada kaitan dengan teman lelakinya.
Namun,selepas forensik check mayatnya,didapati Alda telah mati 7 hari yg lepas.Maka,siapa yang record lagu tue?Khabarnya,lagu tersebut secara tiba-tba sahaja sudah siap direkod dan pengurus Alda sendiri tidak tahu dari mana datangnya lagu ini.
Ada pula yg mengatakan kononnya ketika lagu ini dirakam,Alda dalam keadaan yang sedih dan kecewa krn kecurangan teman lelakinya.Oleh kerana itu,walaupun lirik lagu sebenarnya lain,tetapi Alda telah menyanyikan lirik lagu ini.Kesahihan sebena cerita ini tidak diketahui.

Lagu Ulik Mayang
- Pelajar dirasuk ketika membuat latihan persembahan ulik mayang sehingga dia tidak berhenti menari.
- Seorang wanita diganggu ketika sedang ikut menyanyi lagu ulik mayang di radio pd waktu mlm,dan tanpa disedari lagu itu tidak berhenti walaupun dah hampir setengah jam.Ketika dia sedar keadaan itu,suara nyanyian tersebut sgt halus dan lembut dan bukannya lagi suara penyanyi Ella.
- Seorang wanita diganggu dengan lagu ulik mayang setiap kali balik bekerja pada waktu malam dan melalui laut.
- Kisah ulik mayang ini bermula dgn kisah seorang nelayan yg menangkap ikan di tgh laut.Tiba-tiba datang ribut dan nelayan tersebut telah memuja semangat penunggu laut lalu dia diselamtkan oleh beberapa org puteri laut(jin laut) dan mereka telah jatuh cinta dengan nelayan ini.Namun oleh krn berbeza dunia,mereka terpaksa menghantar nelayan tersebut balik ke pantai.
Nelayan tersebut tidak sedarkan diri kerana puteri2 itu enggan melepaskannya lalu dirawat oleh seorang bomoh menggunakan mayang kelapa.Bomoh tersebut terpaksa menyeru semangat2 yg lain utk membantu sehinggalah dtg Puteri Sulung(adik-beradik dengan puteri laut tadi),dan menyuruh adik-adiknya balik ke tempat asal.
Sebagai penghargaan,maka puteri2 itu dijamu dengan pulut kuning dlm upacara semah(memberi mkn jin laut) Kisah ini dikatakan berlaku lama dulu iaitu sebelum kedatangan Islam.
- Setelah kedatangan Islam,acara khurafat ini telah ditinggalkan.Namun masih ada segelintir masyarakat yang tidak berpegang dengan ajaran Islam dan masih mengamalkan upacara Ulik Mayang ini terutama bagi golongan nelayan,kononnya untuk meminta bantuan jin laut melindungi mereka semasa mereka turun ke laut untuk menangkap ikan.

Lagu Reverse-Karl Meier
Dilarang keras mendengar lagu ini selama 2 jam berturut2  krn boleh terkena gangguan mental dan jiwa.Lagu ini digunakan utk mempengaruhi mental seorang tahanan yg tidak mahu membuka mulut ketika disoal dan setelah diputarkan lagu ini dgn volume yg tinggi selama seharian,tahanan tersebut mengalami depresi dan memberitahu semua maklumat yg pada awalnya tidak mahu diceritakan.

Lagu Gloomy Sunday-Lazzlo Javor
- Lazzlo Javor menulis lagu ini pd thn 1935 dan lagu ini digubah oleh Rezsoe Seres dan akhirnya lagu ini telah meletup.Asalnya lagu ini dikarang untuk kekasihnya tetapi tdk lm setelah pelancaran lagu tersebut,kekasihnya telah membunuh diri
dan di dlm srt bunuh diri itu tertulis Gloomy Sunday.
- Selang beberapa ketika kemudian,seorang pegawai negeri Hongaria bunuh diri dgn menembak dirinya  dan mayatnya ditemui dlm keadaan meniarap  di ats salinan lirik lagu Gloomy Sunday.
- Kemudian,seorang gadis pula cuba meracuni dirinya,dan ketika kejadian berlaku,lagu Gloomy Sunday sedang  beralun di alat muzik di ruangan itu.
- 1 tragedi di restoren Budapest di mana seorang lelaki menembak dirinya sendiri ketika band muzik di restoran itu baru sahaja menyanyikan lagu Gloomy Sunday. 

(Pemerintah Hongaria melarang pemutaran lagu ini dimainkan apabila menyedari lagu tersebut telah mengorbankan nyawa ramai orang,tetapi lagu tersebut telah tersebar ke negara lain dan mengorbankan banyak nyawa. Di Inggeris,lagu ini dilarang dimainkan di BBC kerana terjadi tragedi bunuh diri lagi.Beberpa tindakan bunuh diri juga berlaku di AS,tetapi AS tidak melarang lagu itu diputarkan di sana.Secara keseluruhannya,terjadi 200 tragedi bunuh diri di seluruh dunia berkaitan dgn lagu Gloomy Sunday.Pd thn 1968,pengubah Gloomy Sunday menjadi muzik,Rezsoe Seres melompat bunuh diri dr tingkat 8 sebuah bangunan.Akhirnya dia tidak dpt mengubah lagu lainnya selepas Gloomy Sunday. Sebelum meninggal Rezsoe Seres pernah memberitahu bahawa lagu yang sempat menjadi hits ini mewakili kepedihan hatinya krn entah mengapa dia dpt merasakan yg dia tdk akn dpt lg membuat hits yg ke2.Lagu itu telah menambahkan perasaan putus asanya tentang hidup)


 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved