Gambar~Sumber Google
Rasanya semua orang pernah dengar tentang Kaedah Mokhdar kan?Dulu zaman sekolah rendah,pengasas kaedah nie selalu datang buat demo kat sekolah.Tapi time tu tak alert lagi dengan kaedah ni.Actually pada tahun 2008,aku pernah jadi tenaga pengajar Mokhdar nie.Memang best sebab dapat pergi mengajar sampai ke Terengganu&dapat melawat tempat orang.
Serba-sedikit tentang Kaedah Mokhdar-
0-o 6-na/nam 12-du 18-la
1-tu 7-ja/juh 13-ti 19-sem
2-wa 8-ka/pan 14-em 20-wo
3-ga 9-lan 15-li
4-pa/pat 10-to 16-e
5-ma 11-se 17-te (ditukar pada te kerana jika tu,dah jadi no 1)
Secara ringkas,1-9 diambil sebutan yang hujung&11-19 diambil sebutan yang awal.
Mungkin ada yang nak tahu kenapa 10-to kan?Ini kerana 10 merupakan gabungan 1(tu) dan 0(o),so apabila dipendekkan jadi to/boleh juga disebyt sebagai tu-o.Begitu juga dengan 20-wo,merupakan gabungan (2-wa) dan (0-o).Boleh disebut sebagai wa-o atau dipendekkan menjadi wo.
Kalau nak explain hingga 100,memang panjang and pening sikit.So sebagai permulaan cukuplah rasanya sekadar mengenali hingga nom 20.Kelebihan Kaedah nie bagi aku ialah membuat kita lebih senang mengingat nombor dan sifir.Kerana kaedah ini mengajar sifir dalam nyanyian dan secara otomatik otak kita dapat menukar simbol tersebut pada nombor.Kepada student yang ambil subjek sains pun,kaedah ini dapat membantu bila student berjaya applikasikan penggunaan kaedah ini untuk mengingat formula.
Setiap orang ada pendapat sendiri tentang kaedah Mokhdar ni.Bagi aku,kaedah ni ok,cuma yang terkilan adalah cara pengurusan pihak Mokhdar yang agak serabut,dan aku sebagai tenaga pengajar rasa tertipu kerana dijanjikan bakal mendapat jawatan tetap di sana tetapi aku dan beberapa orang lagi tenaga pengajar rupa2 nya hanya dijadikan tenaga pengajar sementara.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment