Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Kasturi Syifa' Rawatan Untuk Gangguan Syaitan

on Monday, 16 September 2013


Pernahkah anda mengalami sakit yang tidak tahu punca?Selalunya sakit begitu dinamakan gangguan jin atau syaitan.Rawatan untuk gangguan syaitan ialah  pergi berubat dengan ustaz@perubatan islam.Selain itu diri sendiri juga harus kuat dan mendekatkan diri dengan Tuhan.Sentiasa mendengar bacaan ayat Ruqyah dan juga ayat suci al-quran yang lain.

Disebabkan aku sendiri pernah melalui hal ini,dan juga banyak tempat yang pernah aku pergi,insyaAllah tahu juga serba sedikit cara untuk mengatasi perkara seperti ini.Dulu,aku sering batuk dan kahak berpanjangan.Puas makan ubat dan itu ini,tetapi masih lagi tiada perubahan.Rupa-rupanya semua itu juga adalah salah 1 tanda gangguan syaitan.Akhirnya batuk and kahak berhenti setelah aku mengamalkan  minum madu khaula'.Alhamdulillah dengan izin Allah.1 lagi,yang aku perasan,kulit memang jadi lembut dan halus ketika mengamalkan madu khaula' ini.

Madu khaula' ini daripada kasturi syifa',boleh tengok di laman web  http://syifaniaga-shop.webs.com/kasturi-syifa Banyak juga yang aku gunakan daripada kasturi syifa' ini seperti minyak wangi.Kelebihan minyak wangi ini pulak jika aku rasa tak tenang hati,rasa nak marah,dan rasa sakit mana-mana bahagian,aku calitkan jer minyak wangi nie,InsyaAllah memang berkesan.Hati terus rasa tenang,perasaan nak marah Alhamdulillah jadi reda,dan sakit2 badan juga hilang.Selain itu,elok sebagai pelindungan diri,maklumlah zaman sekarang manusia sering irihati.InsyaAllah minyak wangi ini sebagai perlindungan daripada disihir orang.Elok juga digunakan sebelum hendak pergi ke tempat yang agak keras seperti hutan,laut,sungai dan tasik.Jangan tahu nak berseronok jer ke tempat  macam tu,takut nanti time balik ada pulak benda yang menumpang dalam badan.InsyaAllah minyak wangi ini juga boleh menghilangkan debar dan gemuruh,so pada student yang gemuruh ketika presentation,nak exam dan juga pada mereka yang nak hadiri interview,memang sangat sesuai.

Selain itu,air Hydro Syifa' ini juga mamang sangat elok.Seperti aku katakan tadi,jika rasa tak tenang hati,sakit badan,dan nak marah,memang elok minum air nie.Lebih elok jika digunakan sekali dengan minyak wangi tadi.Means lebih banyak usaha di situ.InsyaAllah semuanya akan ok.Air ini juga boleh dibuat mandi untuk tujuan perubatan.Selain itu ia juga elok diberi pada anak-anak yang sedang belajar,mereka yang sering lemah semangat&berdebar,dan juga untuk melembutkan hati.

Aku memang sarankan kepada semua untuk mempunyai minyak wangi dan air hydro syifa' ini di rumah sebagai bantuan dan benteng diri kita sendiri.Lebih elok jika amalkan madu khaula' sebagai supplemen kerana memang banyak khasiat di sebaliknya.Jangan tunggu sakit baru nak cari sebab madu juga memang elok sebagai benteng mendapat penyakit. 
  
Selain itu,As-sauda juga keluaran kasturi syifa ini merupakan supplemen yang amat bagus.Sebab itu ada riwayat mengatakan " tetaplah kamu dengan habbatus sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam ( maut ) " - Riwayat Al-Bukhari.Apapun bagi aku kebanyakan barang keluaran kasturi syifa' nie memang bagus dan harga berpatutan.Mungkin kerana ianya berkat bacaan ayat al-quran dan pelbagai lagi pada barang keluaran kasturi syifa' ini.

Belajarlah Menghormati Wanita

on Friday, 16 August 2013

Kes suami belasah isteri dalam lif menjadi isu terhangat sekarang.Kejadian berpunca kerana anak-anak enggan mengikut si suami.Dalam hal ini,mengapakah si isteri yang menjadi mangsa?Wahai kaum Adam,belajarlah menghormati wanita dan jangan menjadi lelaki dayus.

Apabila membaca komen-komen kaum Adam tentang kes ini,ada segelintir yang menyokong tindakan lelaki ini sekiranya wanita tersebut curang.Dalam Islam,telah menyatakan jikalau memukul isteri dengan niat mengajar memang dibenarkan,tetapi dengan pukulan yang tidak menyakitkan,dan tidak boleh memukul di muka dan kepala.

Bukan itu juga,sekiranya didapati si isteri melakukan salah,suami haruslah 1) menasihatinya dengan cara baik 2) pisah tempat tidur dengan isteri 3) memukul dengan sekadarnya sahaja(tidak menyakitkan).

Maka,jikalau isteri curang sekalipun,kena buat 2 perkara di atas,baru boleh memukul dengan perlahan.Jangan senang-senang cakap boleh belasah isteri sekiranya isteri curang.Ikut apa yang Islam telah tetapkan,bukan ikut perasaan sendiri.

Jika rasa tidak dapat terima kecurangan isteri,bercerai sahaja.Tak perlu nak menyakitkan si isteri kerana anda memang pengecut apabila tunjuk kuat tak kena tempat dan tak padan dengan lawan.Memang amat memalukan.  

Hanya lelaki yang tidak tahu hukum agama yang bersetuju jika belasah perempuan itu tidak mengapa sekiranya perempuan curang.Nasihat buat mereka ini,belajar dulu dan ikut hukum agama,bukannya ikut hukum dan peraturan sendiri yang berlandaskan hati dan nafsu amarah.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis,"La Tadhribu Imaallah" yang bermaksud "Janganlah kalian memukul kaum perempuan" (H.R. Imam Abu Daud dan Ibnu Majah)

  

Nuzul Quran

on Friday, 26 July 2013



Salam Nuzul Quran.Ada sebahagian negeri yang cuti ketika Nuzul Quran tetapi sebahagiannya pula tidak.Kan bagus kalau semua negeri cuti sebagai tanda penghormatan menyambut Nuzul Quran nie.

Sekadar perkongsian,Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat suci Al-quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. Kemudian,ayat seterusnya diturunkan secara berperingkat sehingga menjadi lengkap sepertimana kitab suci Al-quran yang ada pada hari ini.

Perkataan 'Nuzul' itu bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.Peristiwa Nuzul Quran ini berlaku pada malam Jumaat,17 Ramadhan tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'.

Surah Al-Alaq merupakan ayat yang pertama diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved