Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Jangan Mengelat Untuk Tambah Visitor Blog

on Saturday, 12 October 2013

Sebagai bloggers,memang semua nak rank pageview and visitor bertambah.Tetapi,pada aku biarlah dengan cara yang betul.Isi dan tajuk biarlah cerita yang sama,bukan sekadar tajuk bikin gempaq,tapi bila baca isinya,tak ada point langsung.

Mungkin ramai yang akan katakan itu merupakan taktik untuk meningkatkan visitor..yer..memang tak aku nafikan..Tetapi,bagi aku itu taktik tak jujur.Lama kelamaan,visitor pun akan menyampah dan kurang keyakinan dengan cerita yang ada dalam blog kita itu.Lagi bagus,kita buat tajuk yang gempaq dan berlainan,tetapi memang itulah cerita sebenar yang nak disampaikan.

Aku memang muak dengan blog yang buat tajuk gempaq tapi isi hampeh ini
.Aku sendiri,jika mencari sesuatu info dan dapat blog macam nie,aku tak akan baca dah entri lain.Malas nak layan.

Mungkin ramai tertanya-tanya,apa maksud yang aku cakapkan dengan tajuk jer gempaq,tapi cerita entah apa-apa.Ok,aku akan explain contohnya.

1) (Nama Artis) Sombong dengan peminat 
Mungkin kita mendapat gosip yang artis bernama 'x' ini sombong dengan peminat.So,kita type di google dan excited bila tengok banyak blog yang buat entri mengenai artis ini..Ayat bukan main,contoh: "artis 'x' langsung tidak mempedulikan pertanyaan peminatnya".Lalu mereka menunjukkan gambar artis ini di tempat yang dimaksudkan dan menambah lagi "Inilah dia artis 'x' tersebut".Bila baca sampai habis,rupanya bukanlah artis ini benar2 sombong dan tak pedulikan peminat,tetapi hanya ada gambar/poster artis itu di situ.That's why la 'artis' tu tak pedulikan peminatnya sbb 'artis' itu hanya gambar/poster.

2) Buat tajuk ala-ala seks tetapi rupanya cerita disebut ditujukan kepada binatang.Contoh:pasangan kantoi ketika buat maksiat.Rupa-rupanya cerita tentang 2 ekor kucing yang sedang mengawan.

3) Cerita gosip artis contohnya "Artis 'a' berkahwin dengan artis 'b'.Tetapi rupa-rupanya cerita tersebut berlaku dalam filem mereka.

4) Soalan hangat dan memberi kelebihan kepada kita.Contohnya "cara dapatkan top-up free",cara dapatkan semua siaran astro ,cara hack itu ini.Tetapi jawapannya semua mengenakan kita balik.

5) Buat tajuk yang dahsyat contohnya "artis 'a' sudah berkahwin dan mempunyai anak?Rupa-rupanya semua itu berlaku dalam mimpi si blogger tersebut.

**Maaf jika ada yang terasa..

Beri komen secara berhemah

on Monday, 2 September 2013

Baru-baru nie tengok video terbaru bobo buat parody lagu waka waka shakira.Apa pandangan semua mengenai video tue?Mesti ada yang maki hamun,dan ada juga yang terhibur.Sebenarnya semua nie terpulang pada minat masing2.Lain orang kan lain persepsi dan pandangan.

Tapi 1 jer sikap orang yang aku tak suka dekat alam maya nie.Kalau bagi komen,cubalah beri komen secara berhemah ok?Janganlah jadi keyboard warrior sahaja.Kalau dalam komen tue bukan main memaki hamun dengan perkataan kesat,macam nie kah sikap yang anda ingin tonjolkan?Zaman sekarang budak-budak dah lah suka layan youtube,nanti mereka terikut-ikut pula perangai negatif tukang komen yang suka guna bahasa kesat tersebut.

Belum lagi masuk bab politik,lagi lah macam2 bahasa kesat saling maki hamun 1 sama lain.Patutnya tunjukkan sikap yang elok.Lagi-lagi mereka yang memilih parti politik berlandaskan Islam.Tunjukkan contoh yang baik demi mencerminkan parti anda.Tapi jika anda sendiri menggunakan perkataan kesat,tetapi bercakap mengenai Islam,bagaimana orang akan mempercayai anda?

Apapun tak kisah lah apa sekali yang anda lihat di fb,blog,youtube dsb.Please beri komen secara berhemah.Jangan sesuka hati menulis tanpa memikirkan perasaan orang lain dan ingat kata-kata anda ini akan dilihat oleh pelbagai golongan.

Jangan terlalu manjakan anak

on Sunday, 1 September 2013

Semua orang sayangkan anak mereka sendiri tetapi jangan terlalu manjakan anak secara berlebihan sehingga anak menjadi kurang ajar,degil dan taknak mendengar kata.Rasanya kalau anak zaman dahulu tidak semanja anak zaman sekarang.Sekali ibu bapa menjegilkan mata,sudah cukup buat anak kecut perut.

Tetapi anak zaman sekarang sudah tidak seperti dulu.Ini terjadi kerana ibu bapa terlalu memanjakan mereka sehingga mereka tidak mahu mendengar kata dan menghormati ibubapa.Inilah kesilapan terbesar ibubapa zaman sekarang.Sayang tak kena tempat.

Sepatutnya ibubapa wajib mendidik anak mereka dengan cara yang betul.Hukum mereka jika mereka melakukan kesilapan seperti memukul,tidak mendengar cakap@melawan,meninggikan suara,merampas mainan orang atau lain2 lagi.Hukuman di sini bukan bermaksud suruh pukul atau tak bagi makan,tetapi bagi pengajaran seperti jangan benarkan mereka menonton tv kegemaran mereka,suruh mereka berdiri sehingga mereka meminta maaf dan sedar kesilapan mereka.

Dengan menghukum,tidak bererti tak sayang anak,malah jika sayang anak lah harus mendidik mereka supaya mereka membesar dan mempunyai akhlak yang baik.Belum lagi masuk bab perangai anak di sekolah.Kalau dahulu kita dihukum cikgu dan cerita balik pada ibubapa,kita yang kena marah lagi ada lah.Ibubapa tetap merasakan apa yang cikgu lakukan perkara yang betul.

Tetapi zaman sekarang?anak-anak buat salah,tak buat kerja sekolah,kurang ajar dengan cikgu,mulakan pergaduhan dengan murid lain,adalah orang kurang bijak yang support mereka iaitu ibubapa mereka sendiri.Maaf jika terkasar bahasa,tapi memang sakit hati dengan perangai ibubapa macam nie.Bukan nak hukum anak atas kesalahan mereka,tapi boleh sokong pulak anak mereka dan saman cikgu.

Disebabkan aku pernah mengajar tuisyen,at least tahu sikap budak2 zaman sekarang.Kalau dulu,cikgu boleh ugut nak beritahu ibubapa sikap nakal mereka dalam kelas atau keputusan pelajaran mereka yang merosot.Tapi zaman sekarang,tak berkesan dah.Tahu apa jawapan mereka?"Cikgu beritahu lah mak ayah saya,tak takut pun sebab mak dengan ayah tak marah" 

Apabila anak dah tak ada perasaan takut kepada ibubapa,memang susah.Itu bermakna ibubapa dah gagal mendidik mereka.Tengoklah nanti anak-anak mereka dah besar jadi macam mana.Oleh itu,ibubapa jangan terlalu manjakan anak secara berlebihan kerana buruk kesannya nanti.
 

Tak suka klinik panel

on Saturday, 17 August 2013

Sepanjang aku bekerja di beberapa tempat,dan tempat kerja menyediakan klinik panel mereka sendiri,memang jadi 1 masalah untuk aku.Senang cerita,memang tak suka klinik panel nie.

Sebabnya ialah..klinik panel nie dah macam klinik kerajaan..susah sangat nak bagi mc walaupun kita sakit betul-betul.Semua nie jadi sebab apa?Sebab Company kita nie dah sound awal-awal kat klinik panel jangan senang bagi mc kat staff mereka.

Aku dah banyak kali kena jugak dengan klinik panel nie.Doktor sendiri mengaku tak boleh bagi mc sebab takut pihak company aku kerja  nie bising nanti.Please la doktor.Amanah sikit dalam membuat kerja.Jangan sibuk takut dengan company.Anda sebagai doktor sepatutnya patahkan balik kata-kata pihak company nie.Explain yang sebagai doktor,anda akan melakukan apa yang sewajarnya kepada pesakit.Seandainya pesakit tersebut memang patut bercuti dan berehat,maka bertegas kepada company.Cakap yang anda sebagai doktor tidak akan sewenang-wenangnya beri mc.

Pelik sangat bila doktor pulak sibuk nak ikut cakap company.Tak fikir ker,kita sebagai pesakit datang ke tempat anda tetapi terpaksa juga pergi kerja kerana tak dapat mc.Kesian sangat tengok kawan-kawan kerja yang sakit dan muka kelihatan pucat terpaksa gagahkan diri untuk buat kerja.Jika kawan atau sanak-saudara anda yang minta mc free,boleh pula bagi yer..

Walaupun nampak simple,tapi 'amanah' kena jalankan yer wahai doktor.Sebab itu dalam Islam ada mengatakan perkara yang paling berat sekali adalah memegang amanah.

Normal 0 false false false

on Friday, 12 July 2013

Pening cari apalah masalah blog nie sebab muncul Normal 0 false false false nie.Ingatkan ada salah coding ker apa.Maklumlah,aku nie baru lagi dlm blog and bukannya expert pun.Google punya google,akhirnya dapatlah jawapan kepada masalah ini.

Benda ini rupa2nya terjadi disebabkan kita copy paste dari Microsoft Word ke dlm blog nie.Memang dulu aku ada buat macam tue.Sambil2 cari idea,sajer tulis dulu kat dalam Word.Tapi rupa2nya masalah lain pulak yang timbul.

So,utk panduan semua,lepas nie hati2 lah yer.Senang citer,nak tulis apa2 terus tulis dlm blog.Save jer kat draft kalau tak siap lagi kan senang.At least tak lah dpt penyakit Normal 0 false false false nie.

Pemandu Teksi Kurang Ajar

on Sunday, 16 June 2013

Selama aku menggunakan khidmat teksi nie,boleh dikatakan 90% pemandu teksi kurang ajar.Ada yang tak nak guna meter,ada yang ubahsuai meter,ada yang caj ikut kepala,ada yang degil tak nak ikut jalan yang kita suruh,ada yang bising sebab barang kita banyak,dan ada yang memilih hantar tak sampai ke destinasi seperti yang kita minta dengan alasan jalan sempit lah,susah nak pusing lah,and pandai suruh jalan kaki sikit.Excuse me,kalau jalan kaki,baik naik bas jer.Orang sanggup naik teksi mahal2,sebab nak senang.Tak payah nak jalan-jalan dah.

Come on lah pemandu teksi,jangan nak buat kerja senang jer.Itu dah tanggungjawap yang anda pikul,jalankanlah dengan amanah.Takkan jalan sempit pun jadi isu.Orang perempuan yang bawak kereta besar dari awak pun steady jer pusing kereta kat situ.Jangan sampai 1 masa nanti,anda semua tak dapat nak cari makan cos semua orang dah fed-up dengan perangai pemandu teksi yang kurang ajar nie.Pemandu teksi sekarang dah tak macam dulu.Kalau dulu,naik jer teksi,pemandu teksi nie akan bertanya dengan sopan ke mana destinasi kita,tapi sekarang tak ubah macam samseng lagaknya.

Kalau bercakap dengan kita bukan main kasar dan berlagak,kadang-kadang kita bercakap pun tak bagi respond.Then kalau kat meter tu harga RM3.90,dan kita pula bayar RM4,mesti sengaja pura-pura lambat cari syiling,saja nak bagi genap RM4,tak pun dengan tak malunya,buat dek jer,tak reti nak pulangkan baki RM0.10 tu.Tapi kalau kat meter harga RM4.10,tau pun berkira duit RM0.10 tu ek.

Yang pelik tu,kalau bab naik teksi,kalau lah kita nie bertiga,seorang naik cepat jer dah pasang meter.Tapi bila bab turun,tak reti pulak nak tutup meter tu bila kita dah sampai destinasi.Walaupun kita dah bayar,masih lagi biar meter terpasang.Sedangkan tak ada sebab untuk kita tunggu dia cari duit balance kan?

Kalau dulu,jika kita tak tahu tempat,senang jer bagi alamat kat pemandu teksi,tapi sekarang jangan haraplah.Dia tau jer kita nie dari kawasan lain,apatah lagi tak tahu tempat yang nak dituju tue,bukan main lagi bawak jalan jauh and pusing2,dia pun pura2 tak tahu jugak tempat tue.Pelik kan,dah bertahun2 kerja bawak teksi,takkan lah tak tahu tempat.

Peringatan kepada pemandu teksi,aku takkan halalkan walau sesen pun duit yang diambil dengan cara yang salah.Contoh macam yang aku state dekat atas tue.Lagi2 kepada pemandu teksi yang beragama Islam,amanah lah dalam melakukan pekerjaan.Janganlah kerana nak untung,duit jadi tak halal.Apatah lagi duit tue untuk sara anak bini.

Kepada mereka yang mengalami nasib seperti ini,sila buat aduan ke:
LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN
Hotline: 1-800-88-9600
SMS: LPKP Aduan (aduan anda) and SMS ke15888
E-Mel:aduan@lpkp.gov.my

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
Hotline: 03-8888 4244
E-Mel:aduan@jpj.gov.my

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM
NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Hotline: 1-800-886-800
SMS: 32255

Please follow me back

on Saturday, 15 June 2013

                           Biasa tak dengar perkataan nie?I follow u,please follow me back.Mungkin bagi sesetengah blogger yang dah 'senior' akan cakap dorang anti perkataan nie.Mereka akan kata yang mereka hanya follow blog yang memenuhi citarasa mereka dan mereka tak paksa kita follow blog mereka.Ada yang sampai remove shoutbox sebab bg mereka 'annoying' sgt perkataan please follow me back tue.Mereka menganggap blogger nie tak tahu malu cos suruh follow back pulak.

                           Aku sebagai orang yang baru berjinak dalam dunia blog nie tak layak lagi nak bagi pendapat dalam hal nie.Cuma kekadang terfikir,waktu bloggers lain mula-mula buat blog,mesti ada rasa nak dapat follower kan?Mesti berharap orang akan follow balik blog and silap hb,ada gak antara mereka yang pernah sebut perkataan sakti tue,please follow me back..haha..

                        Tapi,takper lah.Lain orang,lain caranya.Apabila berada di bawah dan di atas nie,keadaan dah berubah.Cuma,kepada blogger lama,just cuba faham keadaan blogger baru.Bukan meminta atau paksa follow balik,cuma tak salah kan kalau saling follow.At least,sekurang-kurangnya,dapat tambah kenalan.Secara jujurnya,adakalanya banyak juga blogger2 lama nie isi blog dorang pun biasa2 juga,cuma kelebihan sebab dah ramai follower and dah lama.Tapi bila kondem blogger baru,bukan main lagi.

                        Harus diingat,adakalanya follower jer ramai,tapi tak semestinya tiap2 hari mereka akan ikuti perkembangan blog yang mereka follow cos bukan 1 jer blog yang di follow.And kekadang tue mungkin sekali sekala mereka main terjah jer mana-mana tajuk dan tinggalkan komen untuk membuktikan yang mereka ikuti perkembangan blog yang mereka follow nie.Bila aku tanya bloggers lain,ramai jer yang mengaku macam tue.Tapi ada jugak sesetengah blogger nie fikir orang follow dorang sebab content dorang yang bagus dan menarik.Memang sesetengah orang follow cos content blog yang menarik,tapi percayalah kebanyakan yang follow hanya untuk mengharap di follow balik.Walaupun mereka puji blog anda,itu standard la.Orang memang suka memuji untuk mengambil hati.Jangan pula terlebih perasan dan menganggap blog anda hebat. 

                        Bagi aku,andaikata 1 hari nanti aku jadi  blogger yang ramai follower sekalipun,aku tetap akan follow sesiapa yang follow aku balik.Itu sebagai tanda penghargaan dan persahabatan.Cuma kalau blog tue mengandungi unsur 18xx,memang aku takkan follow balik.Bagi aku,kalau blogwalking,aku akan follow dan tulis kalau sudi,follow back.Sesetengah tue ada lak yang datang visit and tinggalkan komen kt shoutbox,tapi tak follow pun.Ntahlah,macam-macam ragam.  

                      Apapun,kepada blogger baru,ingat ek.Jangan tulis please follow me back cos ramai yang annoying..he..so,buatlah mcm ayat aku tue,'kalau sudi,follow back'..lebih manis kan..he..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved