Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Antivirus Smartphone paling bagus

on Wednesday, 28 August 2013

Rasanya sekarang semua orang menggunakan smartphone kan.Macam aku,aku menggunakan android,so memang selalu lah dok install application kat play store tu.Dah bermacam-macam jenis application pernah cuba,InsyaAllah tau kot beza mana yang elok,dan mana yang baik.

Paling penting yang wajib ada ialah antivirus.Pelbagai jenis antivirus ada di play store tu,baik yang free atau yang berbayar.Di sini,aku nak kongsikan application antivirus smartphone yang paling bagus.

Sebelum ni pernah guna 2 jenis antivirus,tapi tak berapa ok sangat.Phone selalu gak 'hang' dan problem.Tapi lepas guna antivirus smartphone yang paling bagus ni,terus ok..:-) So,kepada semua meh la install TrustGo Security antivirus.Memang bagus antivirus nie.Kalau kita install application lain,dan application tersebut tak secure,antivirus TrustGo Security nie akan bagi isyarat.So,kita uninstall la balik application tu.

Punca datang nya virus selain kita surf internet ialah daripada application yang kita download daripada play store juga.So,memang bagus lah TrustGo Security nie sebab dapat detect yang mana application yang tak elok.Baru lah smartphone kita lancar dan tak 'hang' lagi.
So,sila lah download antivirus smartphone yang paling bagus ini ye.Free jer pun,tapi memang servis 5 star!

Nokia 105 bateri tahan sebulan lebih

on Monday, 29 July 2013

Rasanya sekarang rata-rata orang guna smartphone,blackberry dan iphone.Siapa yang tak menggunakan salah 1 ciri hp di atas akan dikatakan ketinggalan zaman dan rasa segan kalau nak tunjuk dekat orang yang kita masih menggunakan telefon bimbit biasa.Tetapi masalah terbesar pengguna smartphone dan seangkatan dengannya ini ialah bateri cepat habis.
Tambahan pula kalau main game,lagi lah cepat habis bateri.Sedangkan itu salah satu sebab nak guna smartphone,boleh download macam-macam free game kat play store.Tapi kebanyakan orang juga akan menggunakan 2 hp.Mungkin 1 untuk kegunaan hiburan dan 1 lagi untuk tujuan sms/panggilan.Ada yang memilih untuk pakai smartphone dan ada juga yang pilih untuk pakai telefon bimbit biasa.
Bagi mereka yang nak hp yang baterinya dapat bertahan lama dan dengan harga yang murah,bolehlah beli hp Nokia 105 ini.

Nokia 105 merupakan kesinambungan daripada siri 100 mereka yang mempunyai lampu suluh,radio FM,dan juga masa bateri bertahan selama sebulan lebih dengan hanya sekali cas sahaja.Nokia akan memasarkan hp ini dengan harga RM62 sahaja.

**Sesuai dijadikan hp kedua nie..:-)

Kenapa Yahoo Chat tiada di YM

on Tuesday, 5 February 2013


Yahoo Messenger yang lebih dikenali dengan YM telah menghentikan perkhidmatan chat pada 14/12/12 dan tidak terfikir untuk buka kembali ruangan chat.Bagi aku,memang bagus pun Yahoo close chat room sebab kewujudan room nie dah disalahgunakan.Sebenarnya ada juga faedah seperti dapat berkenalan dengan orang di seluruh dunia di samping dapat mempelajari adat dan budaya mereka. Dulu pernah jugak join chat kat Yahoo time boring,kononnya untuk cari teman bersembang.Tapi boleh dikatakan hampir 99.9% yang chat semuanya nak chat about sex sahaja.
Malah yang lebih teruk,dari situ juga betapa mudahnya mereka mencari teman untuk  sex,jadi perempuan simpanan ataupun jadi anak ikan kepada wanita kaya.Dengan ini,makin bertambah lah gejala sosial dan seks bebas di kalangan  rakyat Malaysia.Yang paling menyedihkan di bulan puasa pun perangai mereka tetap sama.Langsung tak hormati bulan puasa dan asyik dengan sex chat.
So,bila dpt tahu Yahoo Chat dah tutup,aku setuju sangat!Sebab dah ramai sangat yang menyalahgunakan chat room ni.Tapi agak2 nya kenapa Yahoo Chat ditutup?Banyak spekulasi yang dibuat tentang penutupan Yahoo Chat ini seperti;
1) Menyebarkan virus di chat room
2) Yahoo telah disaman kerana 'breach of contract'
3) Menjadi zon utama porno
4) Terlalu banyak spam di Yahoo Chat
5) Yahoo memang mempunyai sejarah dalam mencipta suatu servis yang bagus tetapi kemudian membiarkannya begitu sahaja. 
Tetapi menurut Yahoo, mereka terpaksa hentikan Yahoo Chat dengan berat hati supaya mereka mampu memberi fokus kepada perkhidmatan utama baru Yahoo yang lain.Ini juga kerana Yahoo telah mengalami kemerosotan dan terpaksa melepaskan 4000 pegawai mereka di seluruh dunia.Pada bulan Mei 2012, CEO mereka ketika itu iaitu Scott Thompson telah meletakkan jawatan sebagai CEO. Perletakan jawatan ini turut diikuti oleh beberapa orang yang memegang jawatan tinggi di Yahoo seperti Chief Officer Blake Irving. Dan ketika saat yang sukar ini, Yahoo dipimpin oleh CEO baru,iaitu Marissa Mayer.



Peringatan Untuk Pengguna Smartphone First Time

on Thursday, 17 January 2013

Pengguna Smartphone,Jangan Biarkan Kredit Anda kena telan! 
Apakah yang dinamakan Smartphone itu? Apabila salah satu OS ini dipasang pada sesuatu telefon, maka telefon tersebut dikenali sebagai ‘SMARTPHONE’ (telephone pintar). Terdapat banyak OS di pasaran telefon seperti Symbian–Windows Mobile, Palm OS, Apple MAC-OSX, Rim,BlackBerry,Linux, Brew dan Android. 
Boleh dikatakan semua orang pakai Smartphone sekarang. Tak kisahlah jenama apa,Samsung,Htc,Blackberry etc.Bagi aku lak,aku menggunakan Samsung Galaxy Ace Plus S7500.So far,memang puas hati dan tak ada problem.Hp ni cuma ada 2 pilihan warna,hiram dan putih.Yang paling best ada wifi hotspot.Means kalau  kita beli pakej internet,orang sekeliling pun boleh access internet guna wifi dari hp Samsung Ace Plus tu.
Apapun,bagi pengguna kali pertama smartphone ni,yang paling penting,jangan sesekali on kan packet data time tak guna internet.Kalau tak,kredit anda akan habis kena telan.Mengenai packet data ni pulak,hanya on jika anda membeli pas internet. Jika anda menggunakan wifi,tak perlu on kan packet data ok?
Selain itu,untuk jimatkan bateri smartphone anda,off kan background data: Menu>Setting>Accounts and sync>Background data.Display pada hp anda pun jangan terlalu high,tu pun punca bateri cepat habis.Pada yang menggunakan android,anda boleh download 2x battery di play store.Fungsinya supaya bateri anda tahan lebih lama.

 

** Inilah hp yang aku pakai.Samsung Galaxy Ace Plus white color.Harga yang berpatutan,kalau surf internet,tengok youtube,laju jer..

Application yang best untuk android

on Monday, 14 January 2013

Hampir semua orang pakai android sekarang kan?Kat sini,aku nak share serba sedikit application yang menarik dan bermanfaat yang boleh korang download dekat Play Store..

1) 2x battery -  fungsinya supaya bateri android anda akan tahan lebih lama.
2) Mr Caller free - boleh set untuk buat sms atau call palsu.(boleh jugak untuk kenakan orang,cos kita boleh set nombor sebenar.Contoh: set sms akan masuk dalam masa 2 minit,dekat sms tu akan keluar nama kawan anda n isi sms pun kita boleh type sendiri.So,kawan anda mesti pelik+bingung cos dia tak sms pun dekat anda) ~ Cuma please jangan salah guna aplikasi ni.
3) TubeMate - untuk download lagu dan movie dari youtube.Best giler!
4) Lyrics Finder Free - automatic save lirik ketika dengar lagu,so even kita offline,kita still boleh nyanyi lagu dengan lirik.
5) EN-MS  Dictionary - offline dictionary boleh digunakan bila2 masa.
6) MY Holidays - pemberitahuan untuk public holiday,juga offline.
7) SMS Message Collections - Ada macam2 jenis sms kat situ,sms birthday,raya,good luck n etc.So kalau korang tak ada idea nak wish,senang bila ada application ni.
8) Volume - Up kan volume android korang.
9) RAM Booster - fungsi utamanya adalah membebaskan memory yang tidak digunakan khususnya dari aplikasi yang sepatutnya tidak running di background system.
10) Advanced Task Manager -  aplikasi yang digunakan untuk mematikan (Kill) suatu tugas (Task) tertentu pada Android. Pengguna Android boleh memilih sendiri Task mana yang ingin dimatikan dan Task mana yang ingin dibiarkan berjalan.



       






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved