Showing posts with label Maklumat penting. Show all posts
Showing posts with label Maklumat penting. Show all posts

Staf yang biadap

on Tuesday, 3 September 2013

Bosan betul bila pergi bank,orang di kaunter muka masam dan berlagak.Pergi pejabat kerajaan macam tu juga,pergi ke tempat swasta pun macam tu juga.Kenapa yer?Bukankah kerja anda sebagai khidmat pelanggan kena wajah ceria,attend customer elok2.Banyak kali dah kena macam nie.

Dekat Menara Kausar depan Alpha Angle Wangsa Maju,di pejabat apa ek,SSM ker,entah lah.Tak ingat sangat dah.Ada lelaki melayu pangkat pakcik punyalah berlagak walaupun time tue aku nak tanya betul ker dia orang yang aku cari.Rupanya bukan,tapi tak perlu lah berlagak yer pakcik.Awak kerja kat ofis kecik jer pun.

Bulan puasa hari tue pulak,aku pergi Domino's Pizza di area wangsa walk,ada 1 staf perempuan nie pun sama,dengan muka dan cara bercakap yang berlagak+kurang ajar.Time tue pun aku tinggikan juga suara sbb staf nie memang kurang ajar.Last2 aku buat report dekat hq domino's.

Ada juga kes dengan rapidkl.Pemandu bas rapid memang ramai yang kurang ajar.Senang-senang marah orang macam lah dorang tue tokey bas.Perhatian yer,anda cuma driver bas sahaja.Begitu juga dengan staf rapidkl di LRT,pun ada juga yang kurang ajar bila handle passenger nie sama ada di mesin token ataupun di kaunter.

Kalau bank pula,pernah nampak kejadian nie di Ambank Raja Chulan.Ada beberapa staf laki dan perempuan tengah bersembang dan langsung tak mempedulikan  customer di hadapan mereka.Bila  customer nie bertanya,dengan biadap mereka cakap itu waktu rehat mereka.At least,cakaplah elok2 dan janganlah biarkan customer termangu2 sorang2.

Selain daripada ini,banyak lagi sebenarnya kes-kes kebiadapan staf nie.So,kepada semua pekerja,buatlah kerja dengan amanah dan sopan-santun.Jangan time mula-mula kerja jer bagi servis elok,kemudian dah macam apa.Kepada orang ramai yang terkena sikap biadap mereka ini,sila buat report ke bahagian complaint di hq.Confirm kena ambil tindakan nanti.

Tiada air di Gombak

on Saturday, 31 August 2013

Tensennya bila tak ada air nie.Semalam ok lagi,tapi hari ini dah tak ada air.Petang tadi ingatkan gangguan air dah kembali pulih rupanya sementara sahaja..:-( Dah lah siap keluar pergi beli lauk nie,tapi balik2 tak ada air lagi.

Gangguan air nie berpunca apabila sebuah lori tangki diesel terbalik dan muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor.Oleh itu,4 loji rawatan air terpaksa ditutup bagi mengelak rawatan air mentah yang telah dicemari.

So ada beberapa tempat yang terjejas termasuklah kat Gombak nie.Bukannya apa,susah kan nak mandi,buang air,masak dan macam-macam lagi.Kalau yang buat open house dan kenduri kahwin tue macam mana lah agaknya.Lagi kesian cos sedangkan aku yang tak buat apa-apa nie pun dah tensen sebab rasa susah sangat.Maklumlah air nie memang keperluan hidup.Susah sangat kalau tak ada air.

Oleh itu hargailah air yer(peringatan buat diri sendiri juga..he) Bila waktu ada air,memang kita suka membazir kan?Tak kisah walau air dah penuh,malas sangat rasanya nak pergi tutup air tue.Tapi bila time tak ada air,time tue lah baru reti nak menghargai air.Lumrah manusia..haha.. 

BR1M 3.0 dinaikkan ke RM600&RM300?

on Thursday, 29 August 2013

Dengar-dengar ceritanya Menteri Kewangan kedua,Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan pemberian BR1M 3.0 untuk tahun 2014 nanti akan diteruskan malah akan dinaikkan.
Berdasarkan sesetengah sumber,BR1M 3.0 dinaikkan ke RM600&RM 300.

Cuma BR1M tahun 2014 ini kalau boleh dipermudah kan lah.Tak perlu buat kerja 2 kali,first kena ambil voucher,then kena pergi tunaikan pula di bank.Paling parah sekali,jika tak berkesempatan ambil voucher macam hari tu,dah tak pasal-pasal kena pergi Sepang.

Tak relevan langsung.Sepang tu dah lah jauh dan costly nak pergi sana.Kalau boleh,terus jer masukkan duit tersebut ke akaun.Jimat masa dan tenaga.


Masalah Sampah

on Tuesday, 27 August 2013

Masalah Sampah bukanlah masalah kecil.Sudah pelbagai aduan dibuat mengenai Masalah Sampah tapi masih lagi tiada tindakan diambil.Kenapa tak peka dengan kes seperti nie yer?Buat aduan dekat badan pengurusan flat,tiada respon.Buat aduan pada DBKL,katanya dah diambil alih oleh pihak lain pula dan kes nie dah dipanjangkan ke pihak tersebut.Tapi kenapa masih tiada tindakan diambil?

Untuk pengetahuan,Masalah Sampah ini terjadi di Flat Sri Langkawi 2,Taman Melati.Cuba lihat gambar-gambar berikut.Memang mencemarkan kawasan flat apatah lagi ianya terletak di kawasan hadapan flat.  


Tapi walaupun kita nampak masalah ini besar,di mata pihak lain maybe ini hal kecil jer.Disebabkan Masalah Sampah yang membukit ini,banyak nyamuk,lipas dan tikus hingga masuk dalam rumah.Pihak yang berkuasa,tolong lah ambil tindakan.


Genting Highlands akan ditutup dan diganti dengan 20th Century Fox theme park

on Sunday, 28 July 2013



Nampaknya Genting Highlands akan ditutup selama 3 tahun dan diganti dengan 20th Century Fox Theme Park pada tahun 2016.

Berdasarkan kenyataan Resort World Genting,Taman Tema yang akan di buka pada tahun 2016 ini merupakan Taman Tema 20th Century Fox yang pertama dengan permainan dan daya tarikan lain berdasarkan blockbusters seperti  Ice Age,Life of Pi,Alien,and Night at The Museum.

Presiden 20th Century Fox Consumer Products,Jeffrey Godsick menyatakan taman tema tersebut merupakan tanda pelancaran lokasi global mereka berasaskan strategi hiburan.

Taman Tema tersebut akan dibina di atas lebih daripada 25 ekar,dan menampilkan lebih daripada 25 permainan dan daya tarikan.Ini bermakna Taman Tema ini akan menggantikan "Taman Tema" lama yang merupakan sebahagian daripada Resort World Genting dan terletak di puncak kawasan yang dikenali sebagai Genting Highlands.

**Sesiapa yang tak pernah pergi Genting Highland tu cepat2 lah pergi sebab lepas ni dah ditutup dan diganti dengan Taman Tema 20th Century Fox.Mesti mahal kan..he..

Mencari bilik sewa di kl

on Thursday, 13 June 2013

                            Kalau nak mencari bilik sewa di kl,memang taklah susah sangat sebenarnya.Lagi2 seorang jer yang nak masuk kan.Cuma yang susah tu nak tau orang-orang kat rumah sewa tu nanti ok ker tak.Sedikit nasihat untuk mereka yang nak cari rumah sewa tu nanti,make sure time 1st datang tengok rumah,biar semua penghuni tu ada.
                              Dari situ kita boleh bersembang dan menilai perwatakan mereka.Then direct to the point tanya apa yang patut time tu,contohnya barangan seperti sewa,mesin basuh,internet,peti ais,semua tu milik siapa and boleh share tak.Tanya juga jika rumah sewa wanita,ada tak bawa masuk lelaki dlm rumah.Cari keserasian dengan penghuni time tu.Sebab selalunya yang iklankan kekosongan tu orang yang dah nak keluar.

                                 So dia terpaksa mencuba sedaya upaya untuk dapatkan penghuni baru bagi menggantikan diri dia,sebab kalau tak,duit depositnya tak akan dikembalikan sehinggalah dapat penghuni baru.So,kalau just call nombor tersebut and setakat tanya 'kawan-kawan rumah ok ker' confirm dia jwp ok,sebab kalau dia jawap tak ok,tak ada siapa nak masuk rumah tu kan?
                               And sebagai penghuni lama pun,tak perlulah nak berlagak sangat bila ada orang baru masuk.Sedar sikit,kalau tak ada orang,awak juga yang kena bayar sewa lebih.Pelik dengan perangai orang yang tak reti nak welcome orang baru nie.Kan elok dapat kawan baru,lagi2 serumah.Susah senang ada orang yang boleh membantu. Ok,kalau nak mencari bilik sewa di kl nie,bolehlah tengok laman web berikut: 

1) ibilik.com
2) mudah.my
3)  https://www.facebook.com/caribiliksewa
4) http://www.homeless.com.my
5) http://www.majalah.com/?classifieds:bilik-untuk-disewa
6) http://www.rumahsewa.com
7) http://kualalumpurcity.olx.com.my
8) http://rumahsewa.infocubes.net
9) biliksewa.com
10)  http://www.caribiliksewa.com

Moga laman web ini dapat membantu anda mencari bilik sewa di kl dan juga tempat lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Hanan Glory All Rights Reserved